Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Singapura bersedia untuk lebih berjaga-jaga dalam memelihara keharmonian kaum, kata Shanmugam

Apr 01, 2019 | 07:52 PM



UCAPAN kebencian disebarkan lebih pantas disebabkan media sosial, dan Singapura perlu berusaha dengan lebih gigih untuk menghadapi masalah tersebut terutama sekali apabila syarikat media sosial menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melakukan demikian. 



Menyatakan demikian dalam parlimen hari ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K.Shanmugam, menambah bahawa Rang Undang-Undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian merupakan salah satu daripada langkah yang penting, namun banyak lagi langkah yang perlu diambil. 



Wadah media sosial tidak memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang tersebar di wadah mereka, katanya. 



“Mereka menerima wang melalui iklan. Lebih banyak orang yang menonton, lebih baik,” katanya. 



“Menggunakan algoritma, mereka boleh menonjolkan laporan berita yang akan mencetuskan kemarahan dan juga respons.” 



Beliau memberikan contoh bagaimana Facebook gagal memadam video siaran langsung kes menembak di Christchurch, dan bagaimana video tersebut turut disebarkan melalui WhatsApp, yang dimiliki Facebook. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >