Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: S'pura kekalkan dasar pertahanan dan luar yang jamin kemantapan, kemajuan

Nov 10, 2016 | 03:28 PM



DASAR luar dan pertahanan Singapura sebagai sebuah negara berdaulat, bebas akan terus berdasarkan meletak negara ini dalam kedudukan terbaik untuk terus hidup dan maju, walau apa perkiraan atau dasar negara lain, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberitahu Parlimen pada Khamis (10 Nov).

"Singapura mesti menentukan dasarnya berdasarkan kepentingan sendiri," kata beliau.

"Jelas sekali kita perlu melihat apa negara lain lakukan, dasar luar mereka. Singapura sebuah negara kecil dan kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan berfikiran sama yang mengejar keamanan dan kestabilan di rantau ini."

Inilah sebabnya ia mengadakan kerjasama dan latihan dengan negara lain, kata Dr Ng.

"Kita berusaha untuk mempunyai seberapa ramai kawan yang boleh dan kita menggalak negara lain menggunakan kemudahan kita - baik Pangkalan Tentera Laut Changi mahupun pangkalan udara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Dennis Tan (NCMP), yang bertanya bagaimana Singapura akan mengurangkan kos dan risiko yang akan timbul sekiranya terdapat peralihan besar Amerika Syarikat daripada strategi semasanya berkaitan Asia Pasifik, dengan pelantikan bakal presiden Donald Trump.

Dr Ng enggan menjawab "teori" senario yang Encik Tan timbulkan, tetapi berkata: "Titik permulaan kita ialah walau apa sahaja perkiraan negara lain, apa sahaja dasar luar mereka, kita bermula daripada asas penting ini - kita berusaha memastikan Singapura mendapat manfaat paling banyak dan dasar luar negara atau dasar pertahanan kita berlandaskan memastikan kita meletak diri kita dalam kedudukan terbaik untuk terus hidup dan bersaing."

"Kitalah, rakyat Singapura, yang bertanggungjawab bagi keselamatan kita sendiri tetapi kita akan bekerjasama dengan negara berfikiran sama dan mengejar matlamat sama keamanan dan kestabilan rantau ini," kata Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >