Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen Sri Lanka mulakan proses lantik presiden baru

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Parlimen Sri Lanka bersidang semalam untuk memulakan proses melantik presiden baru berikutan peletakan jawatan Encik Gotabaya Rajapaksa selepas melarikan diri dari negara itu.



Badan perundangan dipanggil bersidang esok sambil berharap proses pilihan raya dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.



Persidangan di kalangan penggubal undang-undang itu juga untuk melihat pencalonan bagi jawatan presiden yang akan dibuat pada Selasa ini dan Ahli Parlimen akan mengundi pada hari berikutnya.



Mengikut Perlembagaan Sri Lanka, Perdana Menteri, Encik Ranil Wickremesinghe - yang turut dituntut oleh penunjuk perasaan supaya meletak jawatan - akan secara automatik menjadi Pemangku Presiden hinggalah Parlimen berjaya memilih seorang Ahli Parlimen bagi menggantikan Encik Rajapaksa untuk baki penggal pentadbiran kini.



Parti pemerintah Sri Lanka dijangka mencalonkan pemangku Presiden Encik Wickremesinghe sebagai presiden apabila Parlimen negara yang dilanda krisis itu memilih pemimpin baharu minggu depan.



Parti itu didominasi oleh keluarga bekas Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dari Sri Lanka selepas kekacauan yang dicetuskan oleh krisis ekonomi terburuk negara itu dalam tujuh dekad.



Encik Wickremesinghe, yang baru dilantik sebagai pemangku Presiden Sri Lanka, berkata beliau akan mengikut proses perlembagaan dan mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di negara itu.



Calon presiden pembangkang ialah Encik Sajith Premadasa, manakala seorang lagi yang berpotensi menjadi presiden merupakan anggota parlimen kanan parti pemerintah, Encik Dullas Alahapperuma.



Lebih 100 pegawai polis dan pegawai keselamatan yang lengkap dengan senapang tempur dikerahkan ke jalan raya menuju ke parlimen.



Mereka mengawal penghadang dan meriam air untuk mengelakkan sebarang pergolakan yang mungkin akan berlaku.



Pasukan keselamatan juga meronda jalan raya lain yang menuju ke parlimen. Namun buat masa ini, tidak ada tanda-tanda penunjuk perasaan.



Persidangan Parlimen itu berlangsung sedang penghantaran bahan api sudah pun tiba dan memberikan sedikit kelegaan kepada negara yang dilanda krisis itu.



Sri Lanka menerima penghantaran pertama bahan api daripada tiga penghantaran yang dijadualkan semalam, kata Menteri Tenaga, Encik Kanchana Wijesekera.



Penghantaran bahan api pertama tiba di negara itu buat tiga minggu dengan penghantaran minyak diesel tiba semalam manakal penghantaran petrol akan tiba pada Selasa ini.



Encik Rajapaksa menghantar notifikasi berkenaan perletakan jawatannya sebagi presiden melalui e-mel dari Singapura selepas terbang ke negara itu dari Maldives. Sebelum itu, Encik Rajapaksa melarikan diri ke Maldives setelah penunjuk perasaan menyerbu istananya pada hujung minggu lalu.



Tunjuk perasaan berhubung kemerosotan ekonomi Sri Lanka meruncing minggu lalu apabila ratusan ribu orang menceroboh bangunan pemerintah di Colombo.



Penunjuk perasaan menyalahkan keluarga Encik Rajapaksa dan sekutunya atas kadar inflasi yang melambung tinggi, kekurangan bekalan asas dan rasuah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >