Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Standard pembersihan mandatori bagi pusat penjaja, sekolah dan pusat penjagaan warga emas mulai tahun depan

Mar 04, 2020 | 09:46 PM



PUSAT penjaja, sekolah, kemudahan penjagaan kanak-kanak dan pusat penjagaan warga emas adalah antara premis yang perlu menjalani pembersihan wajib pada kekerapan minimum yang ditetapkan di bawah peraturan baru yang diumumkan pada Rabu (4 Mac).


Peraturan itu dibuat sedang wabak Covid-19, selain kes-kes gastroenteritis tahun lalu, menekankan pentingnya kebersihan awam.


"Kita tidak tahu berapa lama Covid-19 akan berterusan. Kita memasuki satu situasi baru di mana tabiat kebersihan peribadi yang dipertingkat dan tanggungjawab sosial perlu menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita," kata Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, di Parlimen pada Rabu.


Pindaan ke atas Akta Kesihatan Awam Sekitaran itu akan membuat pemilik bertanggungjawab ke atas kebersihan ruang mereka, lapor The Straits Times. 


Mereka perlu menetapkan program sanitasi sekitaran yang menyenaraikan kawasan untuk dibersihkan dan dilakukan penyahjangkitan secara tetap.


Ini termasuk ruang "belakang" yang sering diabaikan seperti pusat tong sampah dan kawasan pemunggahan.


Pemilik perlu melantik seseorang untuk membangunkan dan memantau program sanitasi, memberi nasihat mengenai tindakan pemulihan apabila perlu serta menyimpan rekod pembersihan dan pembasmian kuman.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >