Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Subsidi vaksin bagi kanak-kanak dan dewasa di semua kilink GP dan poliklinik Chas

Mar 05, 2020 | 07:09 PM



WARGA Singapura di bawah umur 18 tahun bakal menerima subsidi sepenuhnya untuk mendapatkan vaksin di bawah Jadual Pengimunan Kanak-Kanak Nasional (NCIS) kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin pada Khamis (5 Mac).



Bercakap semasa bahas belanjawan Kementerian Kesihatan di parlimen, golongan tersebut juga bakal menerima subsidi sepenuhnya untuk pemantauan pertumbuhan kanak-kanak di semua klinik perubatan umum (GP) dan poliklinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) sebelum akhir tahun ini.



Di bawah NCIS, lapan jenis vaksin akan ditawarkan, termasuk vaksin pelindung daripada penyakit batuk kering, hepatitis B dan jangkitan radang paru-paru yang boleh menyebabkan pneumonia, meningitis dan jangkitan darah.



Warga dewasa juga layak menerima subsidi untuk mendapatkan vaksin di bawah Jadual Pengimunan Dewasa Nasional (NAIS) dan mereka bakal menerima tujuh jenis vaksin, termasuk bagi mencegah flu, virus human papilloma (HPV) dan jangkitan pneumokokal.



Di poliklinik, subsidi sebanyak 75 peratus ditawarkan kepada golongan pendapatan rendah hingga pertengahan dan 50 peratus bagi golongan lain. berdasarkan mereka yang mempunyai kad Chas oren atau biru.



Warga Generasi Perintis juga akan menerima tawaran subsidi tambahan sebanyak 50 peratus dan bagi mereka yang di bawah Generasi Merdeka akan menerima tambahan subsidi 25 peratus. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >