Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Parlimen: Tarikh akhir dapatkan sijil keselamatan PMD dibawa kepada 1 Julai 2020; pemeriksaan mandatori bagi semua e-skuter mulai 1 April

Aug 05, 2019 | 03:44 PM

TARIKH akhir bagi meluluskan keselamatan alat mobiliti peribadi (PMD) telah dibawa ke hadapan selama enam bulan ke 1 Julai 2020, sebagai tindak balas kebimbangan yang diterima mengenai risiko peranti itu kepada orang awam, kata Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan Dr Lam Pin Min, hari ini (5 Ogos). 

Beliau juga mengumumkan bahawa mulai 1 April tahun depan, semua e-skuter harus menjalani pemeriksaan mandatori. 

Mengulas mengenai tarikh akhir yang dipercepatkan itu, Dr Lam berkata ia adalah satu kewajiban ekoran kenaikan jumlah kejadian kebakaran melibatkan PMD di sini.

Terdapat sebanyak 52 kejadian kebakaran telah dilaporkan pada 2018 dan pada separuh pertama 2019, sejumlah 49 kejadian telah pun dilaporkan.

Dalam satu kejadian pada 18 Julai, seorang lelaki berusia 40 tahun mati di hospital selepas diselamatkan apabila kebakaran berlaku di rumah flatnya di Bukit Batok. Tiga e-skuter yang dijilat api dijumpai di dalam rumahnya. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3