PARLIMEN adalah forum yang sesuai untuk meninjau tuduhan salah guna kuasa yang ditimbulkan dalam tengkarah berhubung rumah mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata adalah tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa perkara itu tidak boleh dibincangkan di Parlimen.