Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Usia minimum merokok akan dinaikkan daripada 18 tahun kepada 21 tahun

Mar 09, 2017 | 02:14 PM



USIA minimum merokok akan dinaikkan daripada 18 tahun kepada 21 tahun.

Ia bertujuan mengurangkan, jika tidak menghapuskan, peluang golongan belia di sini merokok.

Kementerian Kesihatan akan mencadangkan perubahan perundangan itu ke Parlimen dalam masa setahun, merangkumi penjualan tembakau kepada golongan bawah 21 tahun serta pembelian, penggunaan dan pemilikan produk tembakau.

Mengumumkan demikian di Parlimen Khamis (9 Mac), Menteri Negara Kanan (Kesihatan) Amy Khor berkata ramai perokok di sini memulakan tabiat itu sebelum mencecah 21 tahun.

"Kami mahu melindungi anak-anak kita dari kemudaratan tembakau, dan meletakkan asas bagi kesihatan yang baik," kata Dr Khor.

Anggota Parlimen Louis Ng (Nee Soon) bertanya tentang hasil rundingan awam baru-baru ini mengenai potensi langkah kawalan tembakau. Beliau, yang berhenti merokok pada 2013, menyatakan bahawa langkah membuang tabiat itu adalah sukar.

Rundingan awam, yang diadakan dari Disember 2015 hingga Mac 2016, menghasilkan maklum balas yang menunjukkan sokongan besar menaikkan usia minimum merokok, kata Dr Khor.

Sekatan baru itu akan dilaksanakan secara berperingkat beberapa tahun. Sebahagian Amerika Syarikat dan negara seperti Sri Lanka telah menguatkuasakan undang-undang serupa itu.

Kajian menyokong manfaat menaikkan usia undang-undang minimum.

Contohnya, otak remaja lebih sensitif kepada godaan ketagihan nikotin yang terdapat dalam rokok. Ini menjadikan belia lebih mudah ketagih, dan lebih sukar mereka berhenti merokok kelak.

Di Singapura, dua daripada tiga perokok bawah umur mendapatkan tembakau daripada rakan dan teman sekolah, menurut Kajian Kesihatan Pelajar (2014-2016).

Langkah baru itu bertujuan mengecilkan kumpulan pembeli undang-undang dalam lingkungan sosial belia. Ini akan mengehadkan akses kepada tembakau dan mengurangkan tekanan rakan sebaya.

Dr Khor berkata rundingan awam lanjut akan dilakukan mengenai langkah-langkah seragam.

"Kami akan terus memantau amalan terbaik antarabangsa dalam kawalan tembakau dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengawal penggunaan tembakau," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >