Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Parrot Man' ditangkap di Orchard Road

Aug 26, 2018 | 04:12 PM



SEORANG bekas peniaga, Zeng Guoyuan, ditangkap polis selepas dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki di Orchard Road semalam (25 Ogos).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 5.40 petang dan mereka menangkap lelaki berusia 64 tahun itu kerana dia berkelakuan tidak senonoh.



Jurucakap polis berkata lelaki itu juga memekik dengan kuat dan membuat kecoh apabila dihampiri pegawai polis.



“Meskipun diberi amaran beberapa kali oleh pegawai polis, lelaki itu terus berkelakuan sedemikian di tempat awam,” kata jurucakap itu.



Siasatan polis sedang dijalankan.



Video menunjukkan Zeng ditangkap pegawai polis itu dimuat naik ke Facebook oleh pengguna yang bernama Titus KC Yap kelmarin, dengan ditonton lebih 290,000 kali dan dikongsi lebih 7,300 kali sehingga 4 petang tadi.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >