Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

Parti Kemajuan Singapura saran naikkan gaji kelayakan pemegang Pas Pekerjaan dan Pas S

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



PARTI Kemajuan Singapura (PSP) menyarankan beberapa langkah seperti meningkatkan gaji kelayakan pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S dan memperkenalkan had berdasarkan kerakyatan berhubung dasar bakat asing di sini.



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari PSP, Encik Leong Mun Wai, dalam usul mengenai dasar bakat asing yang dibentangkan di Parlimen semalam berkata partinya meminta bagi "langkah-langkah segera dan konkrit dilaksanakan dengan segera untuk mengembalikan keseimbangan dalam pasaran kerja kita".



Usul itu bertujuan menyeru pemerintah mengambil tindakan segera dan konkrit untuk menangani keprihatinan meluas dalam kalangan rakyat Singapura mengenai pekerjaan dan mata pencarian yang dicetuskan oleh dasar bakat asing dan peruntukan mengenai Pergerakan Warga Negara Asal dalam beberapa perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (Ceca) Singapura-India.



Dalam usulnya itu, Encik Leong berkata PSP menyokong perdagangan bebas tetapi bukan perdagangan bebas untuk semua.



"Kami mahu manfaat perdagangan bebas dikongsi secara adil dengan pekerja asing di sini dan dalam kalangan semua rakyat Singapura.



"Namun, apabila terdapat ketidakseimbangan kepentingan, kami akan perlu menyelaraskan ketidakseimbangan situasi," kata beliau.



Beliau menambah bahawa dalam usaha mengimbangi semula dasar bakat asing, pihaknya "tidak menganjurkan sebuah Singapura yang tertutup atau menyalahkan individu asing", tetapi mereka prihatin tentang "mutu, jumlah dan konsentrasi" pekerja asing di sini.



Antara saranan yang dikemukakan ialah untuk menaikkan gaji kelayakan pemegang EP kepada $10,000 dan pemegang Pas S kepada $4,500 secara berperingkat dalam tiga tahun mendatang, di samping memperkenalkan levi bulanan standard $1,200 ke atas semua EP bagi mengurangkan persaingan gaji tidak adil.



Turut disarankan ialah mengenakan had ke atas pekerja daripada satu kerakyatan tunggal, dan mengurangkan jumlah kerakyatan baru dan Penduduk Tetap (PR) yang diberikan kepada pemegang pas kerja setiap tahun supaya ia selaras dengan langkah mengetatkan dasar tenaga manusia asing.



Dalam usul itu, Encik Leong turut mengemukakan tujuh soalan kepada pemerintah "yang akan memberikan pandangan tidak ternilai tentang bagaimana kami boleh lakarkan dasar baru".



Ini seperti mengapa ramai rakyat Singapura menghadapi cabaran mendapatkan pekerjaan baik sedangkan terdapat ramai pemegang pas kerja di sini, dan apakah kemahiran yang dimiliki pemegang pas kerja yang tidak dimiliki rakyat Singapura.



Menyentuh tentang penetapan kuota bagi pemegang EP, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam ucapannya telah bertanya sama ada PSP berkata bahawa negara ini harus menolak pekerjaan baik dan maju bagi pekerja tempatan hanya kerana syarikat itu mempunyai terlalu ramai pekerja asing



"Jika PSP menegaskan mahukan kuota, saya ingin bertanya mereka - apakah kuota itu? Jika ia tidak cukup baik bahawa rakyat Singapura membentuk 70 peratus tenaga kerja dalam sektor kewangan, adakah Encik Leong mahu menetapkannya pada tahap lebih tinggi pada 80 peratus atau 90 peratus, seperti yang saya percaya beliau telah sarankan sebelum ini - yang dalam hal ini, bagaimanakah kita kekal sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa?" kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >