Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parti Liyani tuntut pampasan dari AGC kerana pendakwaan 'tiada merit atau bertujuan mengganggu'

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



BEKAS pembantu rumah warga Indonesia yang dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada majikannya, kini memutuskan menuntut pampasan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).



Cik Parti Liyani orang pertama membuat permohonan menuntut pampasan di bawah Seksyen 359(3) Kod Prosedur Jenayah, yang diperkenal pada 2010, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi semalam.



Peruntukan undang-undang itu mengatakan jika tertuduh dibebaskan daripada sebarang tuduhan, dan jika dibuktikan hingga memuaskan mahkamah bahawa pendakwaan tersebut tidak mempunyai merit atau bertujuan mengganggu, mahkamah boleh mengeluarkan perintah pampasan berjumlah hingga $10,000.



Dalam dokumen mahkamah, Cik Parti menjumlahkan kerugian yang dialaminya sebanyak $73,100 - termasuk $37,500 dalam bentuk gaji, kenaikan gaji dan hong bao terlepas, dan $29,400 bagi penginapan yang disediakan badan bukan pemerintah Badan Kemanusiaan bagi Ekonomi Migrasi (Home).



Kumpulan itu memberikan beliau tempat tinggal di rumah tumpangannya sejak Disember 2016 hingga beliau pulang ke Indonesia pada Januari lalu.



Walaupun jumlah yang boleh diterimanya terhad, Cik Parti memutuskan menuntut pampasan daripada AGC dan bukan bekas majikannya, peniaga Liew Mun Leong.



Hujah di Mahkamah Tinggi semalam berkaitan isu pampasan itu tertumpu pada soal undang-undang, terutama maksud "tidak mempunyai merit atau bertujuan mengganggu".



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohamed Faizal berhujah permohonan Cik Parti harus ditolak kerana hujahnya "amat tidak cukup menunjukkan bahawa keputusan untuk mendakwa tidak mempunyai merit atau bertujuan mengganggu".



Beliau berkata berdasarkan kenyataan, kes undang-undang dan perbahasan di Parlimen, ukur tara untuk membuktikan ketiadaan merit atau tujuan mengganggu adalah sangat tinggi.



Beliau juga berkata adalah perlu untuk membuktikan bahawa terdapat "ketidakjujuran atau niat jahat" di pihak pendakwa.



Namun, peguam Cik Parti, Encik Anil Balchandani, berhujah tidak perlu membuktikan adanya niat jahat dari pihak pendakwa.



Cik Parti awalnya dijatuhkan hukuman kerana mencuri dari bekas majikannya di Mahkamah Daerah, tetapi dibebaskan dari segala tuduhan tahun lepas setelah satu rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >