Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parti politik S'pura diingatkan bahaya campur tangan asing jelang pilihan raya umum

Apr 20, 2020 | 11:01 AM



PARTI-PARTI politik di sini dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terjebak dengan campur tangan asing dan risiko keselamatan siber semasa pilihan raya umum mendatang.



Dalam kenyataan bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Agensi Keselamatan Siber Singapura yang dikeluarkan pada pagi ini, kedua-dua institusi itu menyatakan, oleh kerana Singapura sebuah negara yang punya kemudahan perhubungan digital yang tinggi, "kita perlu waspada terhadap percubaan untuk mengganggu proses pilihan raya kita, untuk menimbulkan keraguan ke atas keutuhan pilihan raya umum kita, dan menyerang kewibawaan pemerintah kita".



Nasihat berkenaan keselamatan siber dan langkah-langkah pencegahan kepada parti-parti politik itu mengandungi maklumat tentang potensi ancaman siber dan amalan baik yang boleh diambil oleh parti-parti politik dan calon yang bertanding bagi mengurus dan menangani risiko yang dihadapi.



Campur tangan asing dalam pilihan raya merujuk kepada percubaan oleh pelaku asing (sama ada negara, agensi atau orang) bagi mempengaruhi pilihan raya yang dijalankan sebuah negara berdaulat. Dalam beberapa tahun ini terdapat banyak laporan tentang campur tangan asing dalam pilihan raya negara-negara lain, contohnya, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (2016), Pilihan Raya Presiden Perancis (2017), Pilihan Raya Persekutuan Jerman (2017), Pilihan Raya Tengah Penggal Amerika Syarikat (2016) dan Pilihan Raya Umum Italy (2018). 



"Singapura tidak kebal, dan kita perlu berwaspada terhadap perbuatan jahat sedemikian sedang kita menghadapi pilihan raya umum kita sendiri," kata kenyataan bersama itu lagi.



Singapura harus mengadakan pilihan raya umum pada atau sebelum April 2021. 



Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada 13 Mac lalu telah mengeluarkan laporan menyarankan 14 Kawasan Undi Perwakilan Perseorangan (SMC) dan 17 Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC). Ini merupakan tambahan satu SMC dan satu GRC berbanding pilihan raya umum 2015.



Dalam laporannya, jawatankuasa itu turut menyarankan agar jumlah Anggota Parlimen (AP) dinaikkan kepada 93 berbanding 89 sekarang ini.



Semakan kali ini menyaksikan angka purata AP bagi setiap GRC ialah 4.65, turun daripada 4.75 bagi pilihan raya umum lalu.



Menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam kenyataan pada 15 April lalu, sejumlah 2,653,942 pengundi yang didaftarkan dalam Daftar Pengundi telah pun disahkan.



Ini menyaksikan penambahan sekitar 59,000 pengundi berbanding kali terakhir pendaftaran itu disemak pada April 2019.



Nasihat tentang ancaman campur tangan asing dalam pilihan raya mengandungi maklumat tentang beberapa kaedah yang digunakan pelaku asing untuk campur tangan dalam pilihan raya, dan langkah-langkah yang parti-parti politik boleh ambil untuk menangani risiko daripada menjadi mangsa atau sasaran. 



Terdapat beberapa kejadian di mana aktiviti siber yang jahat sebagai gangguan, contengan atau mencuri data didapat berlaku dalam pilihan raya umum di negara-negara lain, yang menjejas keyakinan pengundi di negara-negara di mana proses pilihan raya sedang berlangsung. 



"Parti-parti politik memainkan peranan penting dalam menjaga kewibawaan piliha raya kita. Mereka harus memperkukuh pemahaman tentang campur tangan asing, dan sikap terhadap keselamatan siber. Mereka harus mengetahui lebih lanjut tentang langkah pencegahan yang boleh mereka lakukan untuk melindungi prasarana teknologi maklumat mereka, akaun dalam talian dan media sosial, serta penyimpanan dan pengurusan data. 



"Mereka juga dinasihatkan agar berwaspada dalam memantau wadah mereka terhadap kegiatan mencurigakan dan tidak menyebar semula catatan atau ciapan maklumat yang dicurigai. 



"Parti-parti politik dan calon harus membuat laporan polis dengan serta-merta, jika mereka mengesan atau mengesyaki campur tangan asing dalam pilihan raya, atau akaun mereka atau sistem mereka telah dikompromi atau disalahgunakan. Mereka juga harus memaklumkan kepada Jabatan Pilihan Raya," menurut kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >