Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TUPPERWARE 'BUNGKUS' KENANGAN

'Parti Tupperware' tinggal kenangan, kini 'Parti Thermomix' jadi sebutan

Ramai yang menyebut pelbagai bekas makanan sebagai 'Tupperware', walhal 'Tupperware' adalah jenama produk bekas makanan. Mungkin di kalangan kaum ibu ingat 'parti Tupperware' yang popular semasa era 1970-an-1980-an dulu yang menghimpunkan sekumpulan wanita, mungkin lima hingga 15 orang, mencuci mata dan membelek produk 'Tupperware' sambil menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan tuan rumah. Meskipun populariti Tupperware kini terjejas dan syarikat tersebut dikatakan sukar mencari pelanggan baru, beberapa individu berkongsi dengan BERITA MINGGU (BM) betapa kewujudannya meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.
Apr 30, 2023 | 05:30 AM



JIKA dahulu 'parti Tupperware' menjadi satu kebiasaan, kini 'parti Thermomix' pula menjadi sebut-sebutan.



Istimewanya, parti Thermomix ini bukan hanya diadakan secara fizikal dengan penjual mengundang bakal pembeli ke rumah untuk menunjukkan cara alat itu berfungsi dan menyediakan makanan.



Malah, demonstrasi alat itu juga boleh diadakan dalam alam maya seperti Instagram, dengan penjual menunjukkan pelbagai jenis makanan berbeza yang boleh dimasak Thermomix, termasuk makanan Melayu, India dan Jepun, kata Cik Dyan Razali, seorang ejen yang menjual Thermomix.



Cik Dyan, 39 tahun, menjual Thermomix sejak setahun lalu setelah mendapati alat itu menyediakan pelbagai kemudahan kepadanya untuk menjimatkan masa dalam proses memasak dan juga meneroka resipi yang sebelum ini beliau tidak terfikir untuk mencuba.



Thermomix merupakan sebuah alat yang berupaya mengisar, memasak dan kacau makanan pada suhu dan kelajuan yang boleh ditetapkan.



"Kemudahan untuk menyiapkan semuanya dan menyenangkan proses memasak inilah yang mendorong saya untuk menggunakan Thermomix. Dahulu, saya kerja dari rumah dan dengan adanya dua anak kecil, otak boleh jadi serabut.



"Dengan adanya alat ini, saya boleh biarkan ia masak dan apabila sudah siap, ia akan beri notifikasi. Dari situ, saya lihat ada potensi untuk menjual alat ini kepada orang ramai, lalu saya pun menjadi ejen penjual.



"Bahkan, ada makanan yang saya sendiri sebelum ini tidak berani mencuba kini dapat saya lakukan, seperti nasi beriani dan juga baru-baru ini untuk Hari Raya, saya buat kuih tapak kuda gunakan Thermomix," kata beliau, yang menjual Thermomix sebagai pendapatan sampingan.



Sejauh ini, Cik Dyan telah menjual lebih 400 Thermomix, yang berharga $2,550.



Untuk menunjukkan cara alat itu berfungsi, Cik Dyan akan mengadakan 'parti Thermomix' dengan mengundang mereka yang berminat ke rumahnya atau membawa alat itu ke rumah bakal pembeli.



Antara menu yang disajikan ialah bi hun goreng dan minuman air limau.



"Ada yang macam ragu-ragu atau tak percaya, betul ke bi hun goreng ni tak hancur apabila digaul alat ini? Tetapi setelah mereka lihat sendiri, mereka jadi kagum. Mak-mak yang tengok pun kagum kerana mereka tahu tak mudah untuk gaul bi hun.



"Jadi saya tunjukkan kepada mereka bahawa Thermomix ini mudah dan pantas digunakan," kata beliau, yang mengendalikan perniagaan desain sendiri.



Bagi 'parti Thermomix' dalam talian pula, Cik Dyan berkata demonstrasi diadakan di Instagram setiap Jumaat, dengan tema makanan yang berbeza setiap minggu, seperti masakan kampung Melayu, India dan Jepun.



"Oleh kerana tidak semua orang boleh datang ke rumah saya untuk melihat demonstrasi, kami jadikan ia mudah diakses dan melakukannya kedua-dua di dalam dan luar talian," kata beliau.



Bahkan, Cik Dyan berkata ada antara pelanggannya menjadi penjual Thermomix juga setelah membeli alat itu daripadanya.



"Saya rasa ini satu peluang perniagaan dari rumah yang baik. Mereka boleh melakukannya secara hibrid, di dalam dan luar talian. Mereka boleh tunjukkan cara memasak dan kongsi resipi bersama orang ramai.



"Sebenarnya, terdapat masyarakat luas di luar sana yang berkongsi resipi. Ia menjadikan proses memasak ini tidak begitu menakutkan lagi," kata beliau.




"Kemudahan untuk menyiapkan semuanya dan menyenangkan proses memasak inilah yang mendorong saya untuk menggunakan Thermomix. Dahulu, saya kerja dari rumah dan dengan adanya dua anak kecil, otak boleh jadi serabut.

Dengan adanya alat ini, saya boleh biarkan ia masak dan apabila sudah siap, ia akan beri notifikasi. Dari situ, saya lihat ada potensi untuk menjual alat ini kepada orang ramai, lalu saya pun menjadi ejen penjual."

- Cik Dyan Razali, ejen penjual Thermomix.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >