Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pas Perjalanan Udara diberi kepada 243 pelawat dari Hong Kong, Macau

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah memberi 230 Pas Perjalanan Udara (ATP) kepada pengunjung dari Hong Kong dan 13 dari dari Macao hingga kelmarin.



Menurut satu kenyataannya semalam, pengungung jangka pendek pertama dari Hong Kong dan Macao itu masing-masing akan tiba di Singapura menerusi skim ATP hari ini dan lusa.



Daripada pengunjung yang diberi ATP itu, 19 dijangka tiba dari Hong Kong pada 26 Ogos manakala dua dijangka tiba dari Macao pada 28 Ogos.



Pengunjung jangka pendek dari Hong Kong dan Macao boleh memohon ATP sejak 19 Ogos lalu untuk memasuki Singapura pada atau selepas hari ini.



Sejak langkah melonggarkan sekatan dilaksana bagi Hong Kong dan Macao pada 11.59 malam 20 Ogos, 63 warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura dari kedua-dua tempat itu telah kembali ke Singapura hingga kelmarin.



Mereka perlu menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) sejurus tiba di sini dan dibenarkan melakukan kegiatan sendiri di sini sekiranya hasil ujian itu negatif dan tidak perlu menjalani arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Terdapat lebih 25,000 warga dan PR Singapura yang tinggal di Hong Kong dan Macao sekarang.



Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata pembukaan semula sempadan bagi Hong Kong dan Macao sebahagian usaha Singapura membuka semula sempadannya secara berhati-hati dan bertahap.



"Kami mendapat respons baik dalam minggu pertama. Kami menjangka lebih ramai warga dan PR Singapura pulang ke negara ini dalam beberapa bulan akan datang dan lebih ramai pengunjung ke Singapura, khususnya menjelang hujung tahun," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >