Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan bekas pesalah orak langkah jadi peniaga

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



BUKAN senang hidup selepas dibebaskan dari tahanan.



Namun, meskipun menghadapi pelbagai ranjau kehidupan, bekas pesalah suami isteri Encik Aliff Abidin, 36 tahun, dan Cik Atikah Jamil, 31 tahun, bertekad memulakan kehidupan baru.



Untuk mengumpulkan modal bagi memulakan perniagaan makanan dan minuman (F&B), pasangan itu bekerja sebagai penghantar makanan foodpanda.



Berkat usaha gigih mereka, mereka dapat membentuk perniagaan pertama, Kream, yang menjual pelbagai jenis hot dog di bazar.



"Kami mulakan warung jualan pertama di bazar dengan hanya $800," kongsi Encik Aliff.



Selain Kream, mereka juga mengendalikan sebuah lagi perniagaan Jom Chic-kata, yang menyediakan hidangan barbeku Thailand dan stimbot yang digemari ramai.



Melalui dua perniagaan itu, mereka juga turut membuka peluang pekerjaan kepada bekas pesalah bagi membantu mereka memulakan hidup baru.



Baru-baru ini, pasangan itu diundang oleh Projek Reben Kuning untuk mengongsi kisah kejayaan perniagaan mereka dan cara mengatasi cabaran untuk berintegrasi kembali dengan masyarakat.



Perkongsian mereka kepada peserta Pertandingan Memasak Reben Kuning (YRCC), memberi inspirasi kepada banduan lain untuk mencapai impian mereka selepas dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >