Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan bercerai kerana kucing

Jun 01, 2020 | 11:02 AM



SELEPAS mendirikan rumah tangga hampir 45 tahun, seorang pesara menceraikan isterinya ekoran perbalahan tentang kucing yang dipeliharanya, seekor malah membuang air kecil di wajah lelaki tersebut.



Hakim daerah memerintahkan perkahwinan itu dimansuhkan setelah mendengar kedua-dua belah pihak.



Meskipun pihak isteri membantah, hakim daerah memutuskan bahawa lelaki itu, yang kini berusia 70 tahun, tidak dapat tinggal bersama isterinya setelah beliau mempunyai obsesi terhadap kucing.



Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 21 Mei, Hakim Daerah Sheik Mustafa berkata: “Koleksi kucing ini menyebabkan gangguan. Kucing berkeliaran di rumah dengan bebas.



“Kucing-kucing tersebut tidak dilatih menggunakan tandas, dan akan membuang air kecil dan besar di merata tempat.”



Beliau menambah jiran pasangan tersebut telah membuat beberapa aduan kepada polis dan pihak berkuasa tentang bau najis dan air kencing kucing. 



Wanita tersebut, yang kini berusia 67 tahun, malah pernah diberi amaran tentang perkara itu.



Lelaki itu, yang pernah bekerja sebagai seorang guru selama 38 tahun sebelum bersara pada 2004, dan isterinya, seorang suri rumah, telah mendirikan rumah tangga sejak Mei 1975.



Pasangan berkenaan mempunyai tiga orang anak dan tinggal di rumah teres dua tingkat. - The Straits Times. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >