Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan didakwa ganggu keluarga jururawat Sengkang

May 22, 2021 | 05:30 AM



SEPASANG suami isteri tampil di Mahkamah Daerah semalam selepas dituduh mengganggu jiran mereka di tengah-tengah wabak Covid19.



Seorang jururawat lelaki, yang bertugas di Hospital Besar Sengkang, dan keluarganya dikatakan menjadi mangsa kejadian.



Salah seorang yang dituduh, Lim Sok Lay, 48 tahun, menghadapi lima tuduhan mengganggu dan satu tuduhan menyebabkan gangguan awam.



Suaminya, Cheang Eng Hock, 56 tahun, menghadapi dua tuduhan gangguan.



Polis dalam kenyataan kelmarin, berkata pasangan itu didakwa menggunakan kata-kata kesat dan melontarkan kata-kata menghina kepada jiran mereka, menyembur ubat pembasmi kuman ke arah mereka dan flat mereka, serta menyimbah air sepanjang koridor yang dikongsi bersama.



Polis menambah mereka menerima laporan pada 15 Mei tahun lalu mengenai kelakuan jahat pesalah yang dituduh.



Pegawai polis kemudian mula menyiasat kes tersebut.



Semua pihak terlibat dalam kejadian menjalani sesi pengantaraan di Pusat Pengantaraan Masyarakat Jun tahun lalu bagi mencari huraian pada masalah itu.



Meskipun demikian, polis berkata mereka terus menerima laporan antara Oktober tahun lalu dengan Januari tahun ini mengenai lebih banyak tindakan gangguan melibatkan tertuduh.



Siasatan masih dijalankan terhadap Lim di atas kesalahan baru yang didakwa dilakukan terhadap jirannya bulan lalu, tambah polis dalam laporan The Straits Times.



Lim direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Jun.



Cheang, yang diikat jamin $5,000, akan kembali ke mahkamah pada 18 Jun.



Polis berkata: "Sepanjang siasatan, (kami) kekal berhubungan dengan pihak-pihak terlibat dan menasihati semua pihak untuk mengurangkan kontak dan interaksi antara satu sama lain.



"Polis tidak membiarkan sebarang perbuatan yang menjejas keselamatan awam di kawasan kejiranan.



"Kami menggesa orang ramai supaya mengamalkan semangat kejiranan dan bekerjasama dalam mengatasi Covid-19."



Bagi setiap tuduhan mengganggu, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >