Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan guna VTL darat SG-M'sia untuk cuti pendek ke Pontian

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA warga Singapura telah mengambil kesempatan pulang ke Malaysia untuk mengunjungi keluarga mereka pada hari pertama Skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) antara Singapura dan Malaysia yang dibuka kepada warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura semalam.



Antara warga Singapura yang ditemui Berita Harian di Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands semalam, adalah Encik Yusoff Riduan, warga Singapura berusia 32 tahun.



Beliau kelihatan bersama isterinya Cik Nurul Ayu Mohd Noor dan dua anak perempuan, berusia empat tahun dan bayi lima bulan.



Menurut Encik Yusoff, beliau menghadapi cabaran semasa menempah tiket bas VTL (Darat) dan menyifatkan ia sebagai proses yang amat sukar.



Menurutnya, beliau dan isterinya, telah menggunakan lebih dua peranti untuk cuba menempah tiket.



Antara kebimbangannya adalah kegagalan menempah kededua tiket pergi dan balik.



Mujur, mereka berjaya membuat tempahan tersebut.



Penyelia logistik itu kemudian mengongsi bahawa mereka sekeluarga hanya akan ke Pontian Johor selama empat hari sahaja.



Percutian singkat itu ialah kerana mereka tidak mempunyai jumlah cuti yang mencukupi bagi membolehkan keluarga itu mengunjungi keluarga Cik Nurul Ayu.



Memandangkan Cik Nurul Ayu kini sudah menjadi Penduduk Tetap (PR) Singapura, maka beliau tidak memenuhi kriteria bagi VTL (Darat) sebelum ini.



Tambahan pula, beliau masih menyusukan bayinya justeru tidak dapat pulang.



Sebelum ini VTL (Darat) hanya dibuka kepada warga yang bekerja di negara jiran untuk memberi mereka kesempatan mengunjungi keluarga mereka.



Pelawat harus merupakan warga, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas tempoh panjang (LTPH) negara yang mereka hendak kunjungi.



Laporan lanjut: Sanggup beli tiket pesawat dan tiket bas untuk pulang ke Johor




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >