Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan guru dan pengikut dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Jan 16, 2019 | 04:31 PM



DUA warga Singapura - seorang bekas guru agama dan seorang pengikutnya -  telah dikenakan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana  berpegang kepada pandangan radikal yang boleh memecahbelahkan masyarakat.



Murad Mohd Said, 46 tahun seorang bekas guru agama bebas, dikenakan RO sejak 5 Disember 2018. Pentauliahannya di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) pula dibatalkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Mei tahun lalu kerana beliau mengajar ideologi yang menyokong dasar pengasingan yang melanggar Kod Etika ARS.



Pengikutnya, Razali Abas, 56 tahun ditangkap di bawah ISA pada September 2018



dan dikenakan RO pada bulan selanjutnya. Razali, yang bertugas sebagai tekniksyen, didapati berpandangan radikal berhubung keganasan bersenjata untuk menentang pihak yang dianggapnya musuh Islam.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata Murad dikenakan RO kerana menyokong keganasan dan menyebarkan ajaran yang merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.



“Dia mengajar bahawa adalah wajib untuk membunuh orang yang murtad atau meninggalkan Islam, termasuk orang bukan Islam, orang yang berkepercayaan Sufi, Syiah, dan Muslim yang telah keluar dari Islam atau tidak lagi menuruti ajaran Al Quran dan Sunnah,” kata MHA dalam kenyataannya.



Menurut MHA, Murad mengajar pengikutnya bahawa Muslim dibenar mempertahankan diri mereka dengan mengadakan ‘jihad bersenjata’ bagi menentang ‘orang kafir yang menindas mereka’.



“Murad juga menggalak pengikutnya untuk berundur dari masyarakat sekular di Singapura, mengenepikan undang-undang sekular dan sebaliknya, mematuhi undang-undang Syariah. Murad masih menyebarkan pandangan yang  menyokong dasar pengasingan di dalam talian selepas pentauliahan ARSnya dibatalkan,” kata MHA.



Menurut MHA, Razali dikenakan RO untuk mencegahnya daripada terus dipengaruhi dan berpegang kepada fahaman esktrem.



Razali diperkenalkan kepada Murad sekitar 2012 dan mula mengikuti kelasnya.



Ajaran yang menyokong dasar pengasingan di kelas itu menjadikan Razali lebih mudah dipengaruhi fahaman radikal dan ganas yang diperolehinya dari media sosial, kata MHA.



“Razali kian yakin bahawa membunuh orang yang dianggap menindas Islam, termasuk orang bukan beragama Islam dan Muslim Syiah adalah satu perbuatan yang dibenarkan,” kata MHA.



Menurut MHA, Razali mula mencari individu yang memiliki profil gambar bak militan di Facebook dan menganggap mereka sebagai wira yang berkorban dengan cara yang tidak dimampuinya, sesuatu yang memperkukuh kepercayaannya dalam kegasanan bersenjatan dan memperdalam sokongannya bagi kumpulan pengganas seperti Al Qaeda.



Dalam pada itu, RO yang dikenakan ke atas Mohd Jauhari Abdullah, bekas anggota kanan Jemaah Islamiyah (JI) telah luput pada 14 September tahun lalu, kata MHA.



 



Jauhari ditangkap pada September 2002 dan dilepaskan dari tahanan dengan RO pada September 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >