Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan India Muslim dapat manfaat program Bersamamu

Faishal papar usaha naib kadi masyarakat India Muslim beri bimbingan perkahwinan sebelum, selepas nikah
Nov 24, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM 'Bersamamu', yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada pasangan baru berkahwin dari sebelum bernikah hingga beberapa tahun awal rumahtangga, memberi manfaat bukan kepada masyarakat Melayu/Islam sahaja, bahkan India Muslim.



Usaha dua naib kadi daripada masyarakat India Muslim - Ustaz Abdul Aziz Mohamed dan Ustaz Mohammed Nazim Rahuma Dulla - dikongsi Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu pos di Facebook semalam.



Menurut Dr Faishal, kededua naib kadi itu itu sering diminta menjadi kadi bagi pernikahan pasangan India Muslim kerana mereka lebih terdedah dan biasa dengan amalan dan tradisi masyarakat tersebut.



Kededua naib kadi itu fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Tamil.



"Mereka berkongsi dengan saya bahawa masyarakat India Muslim memberi sokongan penuh terhadap program Bersamamu dan semua Kadi dan Naib Kadi menghargai peluang untuk menyediakan penjagaan 'pastoral' dan panduan perkahwinan kepada pasangan semasa tempoh dua tahun perkahwinan mereka," ujar Dr Faishal.



Program 'Bersamamu' bertujuan membimbing pasangan baru dan bakal mendirikan rumahtangga.



Naib kadi di bawah program itu telah membimbing lebih 13,000 pasangan sejak program itu dilancarkan dua tahun lalu.



Dr Faishal menambah bahawa beliau berasa berbesar hati melihat komitmen kadi dan naib kadi dalam usaha kolektif untuk memperkukuh keluarga Muslim.



Beliau turut melahirkan penghargaannya kepada kadi, naib kadi, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan rakan kongsi M Kuasa Tiga (M³) bagi sokongan berterusan mereka kepada program Bersamamu.



"Saya juga ingin menggalakkan semua pasangan yang baru mendirikan rumahtangga supaya mendekati Kadi dan Naib Kadi mereka jika mereka memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka dan mengharungi perjalanan itu bersama bagi tempoh dua tahun awal itu," kata Dr Faishal.



Bersamamu dimulakan oleh sekumpulan kadi dan naib kadi dan kini dikendalikan oleh ROMM dan M³.



Sejak 1 Julai 2019, semua pasangan Muslim yang mendaftar perkahwinan perlu menyertai Bersamamu.



Antara lain, program itu menetapkan pasangan pengantin baru didampingi seorang naib kadi sepanjang dua tahun pertama perkahwinan mereka.



Program itu memberi peluang kepada naib kadi menawarkan nasihat, panduan, bimbingan dan sokongan kepada pasangan bakal mendirikan rumah tangga.



Hubungan antara naib kadi dengan pasangan itu, bagaimanapun, tidak berhenti selepas pasangan itu bernikah.



Ia berlanjutan selama dua tahun agar pasangan itu berpeluang terus mendapatkan nasihat dan panduan daripada naib kadi sekiranya mereka berdepan isu rumahtangga.




Mereka (naib kadi Ustaz Abdul Aziz Mohamed dan Ustaz Mohammed Nazim Rahuma Dulla) berkongsi dengan saya bahawa masyarakat India Muslim memberi sokongan penuh terhadap program Bersamamu dan semua Kadi dan Naib Kadi menghargai peluang untuk menyediakan penjagaan 'pastoral' dan panduan perkahwinan kepada pasangan semasa tempoh dua tahun perkahwinan mereka."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), dalam satu pos di Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >