SEPASANG kekasih semalam dikenakan tujuh tuduhan menghasut dan satu tuduhan gagal mengemukakan dokumen kepada pegawai polis.
Yang Kaiheng, 26 tahun, dan temanitanya, Ai Takagi, 22 tahun, didakwa menerbitkan di laman web sosiopolitik 'The Real Singapore (TRS)' antara Oktober 2013 dan Mac lalu artikel menghasut yang menggalak rasa benci dan permusuhan antara pelbagai golongan rakyat Singapura.