Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan kongsi pengalaman adakan majlis sanding

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



SEPERTI kebanyakan majlis perkahwinan Melayu, majlis Cik Nur Diyana Abdul Razak juga sepatutnya dihadiri sekitar 1,000 jemputan.



Rancangan itu bagaimanapun terpaksa dibatalkan disebabkan penularan Covid-19, dan keluarganya cuma dapat menjemput 100 tetamu bagi majlis yang diadakan Oktober lalu itu.



Namun ketika mencari lokasi sesuai untuk mengadakan majlisnya, Cik Diyana, 27 tahun, berkata beliau diberitahu tentang beberapa syarikat penyedia khidmat perkahwinan yang boleh menerima lebih daripada 100 tetamu.



Ini bermakna syarikat itu melanggar Langkah Pengurusan Selamat (SMM) yang antara lain meletakkan had 100 bagi setiap majlis perkahwinan.



Para jemputan perlu dibahagikan kepada beberapa zon.



Setiap zon menerima sehingga 50 orang, atau tetamu dibahagikan kepada giliran waktu berasingan, dengan sehingga 50 orang dibenarkan pada setiap slot atau ruang waktu.



"Saya menghantar e-mel ke beberapa syarikat yang mempunyai dewan perkahwinan, dan ada yang berkata mereka boleh tutup sebelah mata dan bertolak-ansur tentang bilangan tetamu.



"Tetapi ada juga yang tegas mengikuti peraturan dan tidak membenarkannya," kata Cik Diyana yang bekerja sebagai pegawai eksekutif.



Bagi majlisnya, beliau telah memilih untuk ia dibahagikan kepada dua sesi - satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang.



Beliau juga membatalkan iringan kompang dan ruang bergambar, atas nasihat syarikat penyedia khidmat yang diambilnya.



"Perkara yang tidak dibenarkan diterangkan dengan jelas kepada saya.



"Contohnya, kalau di majlis perkahwinan sebelum Covid-19, keluarga dibenarkan membungkus lauk atau kuih untuk dibawa pulang tapi semasa majlis saya, semua nasi bungkus telah disediakan untuk tetamu bawa pulang," kata Cik Diyana.



Beliau juga kagum dengan penyedia khidmat perkahwinannya yang menyediakan penjaga yang memantau keadaan di dalam ruang majlis.



"Apabila terlalu ramai tetamu berada di atas pelamin untuk bergambar dengan pengantin, mereka menyuruh beberapa orang turun.



"Mereka memastikan yang tetamu di majlis kami tidak melanggar jarak selamat," katanya.



Cik Diyana bagaimanapun berkata beliau cuba meminta tambahan sedikit kepada bilangan tetamu, bagi membolehkan beberapa anggota keluarganya untuk berada di dalam dewan perkahwinan sepanjang majlis itu.



"Saya meminta dalam 10 orang untuk dibenarkan berada dalam dewan itu sepanjang majlis kerana agak sukar untuk saya kalau mereka tiada. Kalau saya tolak 10 orang ini daripada 50 orang bagi setiap sesi, saya cuma dapat menjemput 80 orang ke majlis saya," kata Cik Diyana.



Namun beliau berkata ada hikmah majlisnya diadakan secara kecil-kecilan dalam tempoh pandemik ini kerana ia lebih teratur dan membolehkannya menemui setiap tetamu yang hadir.



"Saya juga memanfaatkan teknologi dan menyiarkan majlis pernikahan secara langsung di Facebook untuk ditonton mereka yang tidak dapat hadir," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >