Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan muda alu-alu langkah bantu pembeli flat kali pertama

Sejajar pengumuman Belanjawan 2023 sokong pembangunan keluarga
Feb 16, 2023 | 05:30 AM



BAGI Encik Aqil Nasrulhaq Shah, 29 tahun, pengumuman Belanjawan 2023 yang memberi keutamaan kepada pembeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) kali pertama yang layak mulai lewat 2023 datang tepat pada masanya.



Beliau mengalu-alukan langkah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa, yang menyokong pembentukan keluarga, lebih-lebih lagi selepas gagal dalam permohonannya membeli flat BTO sebanyak dua kali dan tiga kali bagi skim Jualan Baki Flat (SBF).



Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Encik Wong berkata lebih banyak sokongan akan diberikan kepada keluarga yang ingin membeli flat jualan semula buat kali pertama.



"Memberikan undian atau ballot tambahan bagi golongan muda yang ingin membeli flat BTO buat pertama kali adalah langkah yang baik dan saya amat gembira dengan pengumuman itu.



"Setelah gagal beberapa kali untuk mendapatkan flat BTO dan juga SBF, kami hampir putus asa dan sedang mempertimbangkan untuk cuba membeli flat di pasaran jualan semula.



"Tetapi dengan pengumuman Belanjawan 2023, ia memberi kami lebih harapan untuk mendapatkan flat BTO di pusingan permohonan seterusnya," kata beliau yang akan berkahwin pada Oktober ini.



Bagi keluarga yang mempunyai anak serta pasangan muda yang sudah berkahwin dan berusia 40 tahun ke bawah, mereka akan diberi keutamaan jika mereka membeli flat BTO buat pertama kali mulai lewat 2023.



Mereka juga akan diberi "undian" tambahan bagi permohonan flat BTO mereka.



Encik Wong juga mengumumkan bahawa ini adalah antara langkah yang diambil pemerintah untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada keluarga.



Bagi Encik Muhammad Naufal Adib, 29 tahun, mendapatkan flat BTO adalah cara praktikal bagi pasangan muda memiliki rumah sendiri.



"Langkah-langkah ini akan mengurangkan tekanan ke atas pasangan dan keluarga muda yang ingin membeli flat BTO buat pertama kali.



"Bagi keluarga muda, memiliki rumah mereka sendiri akan mengatasi isu sesak di rumah yang mempunyai berbilang generasi di bawah satu bumbung.



"Saya juga percaya ia akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengelak perbalahan dan perselisihan faham di kalangan mertua dan pasangan yang mungkin wujud jika mereka tinggal bersama," kata beliau, yang sebelum ini gagal dua kali dalam permohonannya untuk membeli flat BTO.



Selain memberi keutamaan kepada golongan muda mendapatkan flat BTO, Geran Perumahan CPF dipertingkatkan bagi keluarga yang ingin memberi flat jualan semula buat kali pertama.



Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 4 bilik atau yang lebih kecil, Geran Perumahan CPF akan dipertingkatkan kepada $30,000.



Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 5 bilik atau lebih besar, Geran Perumahan CPF akan dinaikkan kepada $10,000.



Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) itu akan berkuat kuasa serta-merta dan jumlah geran tambahan akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka mulai April 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >