Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan muda, bujang, ibu bapa dengan anak dewasa kini cenderung miliki flat sendiri

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN perumahan awam yang kukuh secara keseluruhan didorong sebahagian besarnya oleh perkahwinan dan pembentukan keluarga serta norma sosial dan aspirasi yang berubah.



Menurut Banci Penduduk 2020, bilangan pasangan yang sudah berumah tangga meningkat daripada 880,800 pada 2010 kepada 977,300 pada 2020.



Lebih khusus lagi, bilangan secara purata tahunan bagi perkahwinan warga Singapura yang terdaftar antara 2015 dengan 2019 adalah 23,600, lebih tinggi daripada perkahwinan secara purata tahunan yang terdaftar sebanyak 22,400 antara 2010 dengan 2014.



Pada jangka masa terdekat, permintaan lebih tinggi bagi perumahan dijangka daripada kohort lebih besar bagi mereka yang dilahirkan pada lewat 1980 hingga 1990 sedang mereka capai usia perkahwinan.



Seiringan itu norma sosial dan aspirasi telah menyebabkan trend semakin berkembang bagi isi rumah yang lebih kecil.



Hari ini, pasangan muda, bujang dan ibu bapa tua dengan anak-anak dewasa memilih untuk memiliki flat mereka sendiri berbanding dengan hidup bersama dalam satu flat.



Banci Penduduk tahun lalu menunjukkan bahawa saiz isi rumah penduduk secara purata merosot daripada 3.5 orang pada 2010 kepada 3.2 orang pada 2020.



Secara keseluruhan, sekitar 60 peratus kesemua isi rumah merangkumi tiga atau kurang anggota keluarga pada 2020, kenaikan daripada 44.5 peratus pada 2010.



Isi rumah merangkumi dua orang merangkumi 22.6 peratus bagi semua isi rumah pada 2020, naik daripada 18.8 peratus pada 2010, manakala isi rumah seorang sahaja meningkat daripada 12.2 peratus pada 2010 kepada 16 peratus pada 2020, ekoran penduduk Singapura yang semakin menua dan bilangan bujang yang kian meningkat.



Bagi menyokong keperluan perumahan warga Singapura yang bujang dan berminat untuk tinggal di flat HDB mereka sendiri, HDB mengumumkan pada Julai 2013, bahawa bujang kali pertama boleh membeli flat Flexi dua bilik daripada HDB di estet bukan matang.



Ini merupakan tambahan kepada flat jual semula, tidak kira saiz di sebarang lokasi, yan kini sudahpun mereka layak untuk membelinya.



Bilangan bujang kali pertama merangkumi lebih 6 peratus bilangan permohonan keseluruhan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dari 2018 hingga 2020.



Selain itu, bagi menawarkan lebih ramai rakyat Singapura dengan akses kepada pilihan perumahan yang lebih dimampui, HDB juga telah meningkatkan siling pendapatan isi rumah secara bulanan bagi isi rumah yang layak untuk membeli flat daripada HDB dalam beberapa tahun ini.



Sejak September 2019, siling pendapatan telah dinaikkan daripada $12,000 kepada $14,000 bagi keluarga yang layak dan daripada $6,000 kepada $7,000 bagi bujang.



Sehingga Disember tahun lalu, HDB telah menerima lebih 7,500 permohonan daripada keluarga layak dan lebih 360 permohonan daripada bujang yang sebelum ini tidak layak membeli flat BTO daripada HDB.



INFOGRAFIK: PERMINTAAN KUKUH BAGI FLAT BARU DARIPADA WARGA SINGAPURA YANG MERUPAKAN ISI RUMAH KALI PERTAMA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >