Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan muda pilih tinggal dekat ibu bapa

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



BAGI pasangan suami isteri, Cik Nurul Aisyah Suwandi dan suaminya, Encik Abdul Rafiq Abdul Rahim, pemilihan lokasi untuk flat pertama mereka tidak sukar dibuat.



Ini kerana mereka sudah memutuskan untuk menetap di Woodlands sejak sebelum mereka berumah tangga.



Salah satu sebab mereka memilih kawasan itu ialah ibu bapa Cik Aisyah juga menetap di sana.



Mereka sekeluarga telah berpindah ke kawasan itu sejak 2002 semasa beliau berumur tujuh tahun.



"Agak jelas untuk kami berdua bahawa kami ingin membeli sebuah flat di kawasan ini.



"Antaranya ialah ibu bapa saya ingin kami menetap berdekatan dengan mereka. Tambahan pula, saya sangat selesa dengan Woodlands kerana sudah berada di sini sejak saya di sekolah rendah," jelas wanita berusia 26 tahun itu.



Proses pencarian flat pertama mereka agak mudah.



Pasangan muda itu, yang berkahwin pada Jun tahun lalu, mula membuat pemilihan unit pada Februari lalu.



Setelah dipertemukan flat yang sesuai, permohonan dibuat dua bulan kemudian. Namun, kerana ia jatuh pada tempoh pemutus litar, permohonan mereka diluluskan hanya pada Ogos.



Setelah menjalankan renovasi yang memakan masa sekitar empat bulan, Cik Aisyah, yang sebelum ini bekerja sebagai eksekutif projek di sebuah syarikat perundingan, dan suaminya, seorang pegawai operasi lapangan, kini menjadi pemilik sebuah flat jualan semula lima bilik yang terletak hanya lima minit perjalanan ke blok ibu bapanya.



"Saya boleh melihat blok mereka dari unit saya," selorohnya.



Menurut satu tinjauan HDB yang dikeluarkan baru-baru ini, hampir 60 peratus keluarga muda memilih tinggal di flat HDB berdekatan rumah ibu bapa mereka.



Ini menunjukkan bahawa jarak yang dekat merupakan perkara penting, terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil.



Dengan geran yang ditawarkan seperti Geran Perumahan Berhampiran (PHG), ia memudahkan keluarga muda memiliki flat jualan semula, yang lebih mahal daripada flat Bina Ikut Tempahan (BTO).



Selain mendapat geran PHG, Cik Aisyah dan suaminya juga menerima Geran Perumahan CPF dan Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG). Ketiga-tiga geran itu berjumlah $100,000.



Dengan geran dan subsidi yang diterima, mereka hanya perlu membayar $309,900 untuk flat mereka yang bernilai $430,000.



"Kami sangat bersyukur dengan geran yang diterima. Tambahan pula, dengan bimbingan ejen hartanah kami, kami dapat tahu yang kami layak untuk membeli flat jualan semula.



"Dengan itu, kami memutuskan untuk mendapatkan sebuah flat berhampiran keluarga saya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >