Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan pesara tawar khidmat penghantaran kepada peniaga di rumah

May 22, 2021 | 05:30 AM



SEORANG tugasnya memandu van sementara seorang lagi mengambil barangan yang dipesan dan menghantarnya ke pintu rumah pelanggan.



Demikian kerjasama sepasukan atau 'tag team' pasangan suami isteri, Encik Zaini Mahamod dan Cik Zakiyah Mohamad, yang menawarkan khidmat penghantaran bagi perniagaan dari rumah atau HBB.



Khidmat penghantaran bukan perkara baru di sini.



Namun, apa yang mengagumkan adalah ketekunan pasangan ini untuk terus menyediakan khidmat sempurna meskipun dalam keadaan mereka yang penuh mencabar.



Encik Zaini, 61 tahun, tidak boleh berjalan jarak jauh dan perlu bergantung pada kerusi roda setelah mengalami angin ahmar ringan sekitar empat tahun lalu.



Beliau ketika itu bertugas bersama sebuah syarikat menyelam di Malaysia tetapi kemudian kembali ke pangkuan keluarga di Singapura, kongsi Cik Zakiyah, 60 tahun, kepada Berita Harian.



Mujur, keadaan Encik Zaini bertambah pulih dan beliau kini dapat melakukan kegiatan biasa termasuk menunggang motosikal dan memandu.



Tidak boleh duduk diam, Encik Zaini dengan bantuan isterinya, memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan dari rumah, Z's Delights, untuk mencari pendapatan sendiri sejak wabak Covid-19 bermula tahun lalu.



Mereka menjual makanan seperti roti kirai, kek 'marble' serta epok-epok dan menghantarnya kepada pelanggan dengan menaiki motosikal bertayar tiga Encik Zaini.



Daripada itu tercetusnya idea untuk meraih pendapatan lebih dengan mengembangkan khidmat penghantaran mereka kepada peniaga dari rumah lain.



Awal bulan ini, pasangan itu meningkatkan kenderaan mereka kepada sebuah van setelah berjaya mengumpul wang simpanan yang mencukupi.



"Kami memutuskan sekiranya ada rezeki lebih, kami akan cuba melabur dalam sebuah van.



"Alhamdulillah, bulan ini kami berjaya kumpul duit dan beli van," kongsi Cik Zakiyah, yang bersara lima tahun lalu sebagai pegawai pelanggan di syarikat pemindahan untuk menjaga suaminya yang sakit.



"Daripada duduk diam, sekurang-kurangnya kami ada buat sesuatu... dan dapat juga bantu (menyumbang kepada pendapatan keluarga)," tambah ibu dua cahaya mata itu.



Pasangan itu tinggal bersama anak perempuan mereka.



Menurut Cik Zakiyah, dengan menaiki van, ia membolehkan mereka menghantar lebih banyak barang dan dengan saiz lebih besar.



Ia juga melindungi mereka daripada panas dan hujan, berbanding jika mereka menunggang motosikal.



Beliau menambah khidmat penghantarannya sejauh ini telah mendapat sambutan yang baik pada hari-hari pertama ia bermula.



Ini termasuk membuat 38 penghantaran dalam sehari pada dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.



Pasangan itu membuat penghantaran ke serata pulau sehingga 1 pagi, menurut Cik Zakiyah.



"Walaupun penat, kami gembira... Daripada duduk di rumah sahaja dan buat fikiran kami tertekan, sekurang-kurangnya kami dapat ke sana sini.



"Kami juga masih sihat untuk bekerja," tambah beliau.




"Walaupun penat, kami gembira... Daripada duduk di rumah sahaja dan buat fikiran kami tertekan, sekurang-kurangnya kami dapat ke sana sini.

"... sekurang-kurangnya kami ada buat sesuatu... dan dapat juga bantu (menyumbang kepada pendapatan keluarga)."

- Cik Zakiyah Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >