Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan pilih flat fleksi dua bilik, dapat kumpul balik CPF bagi persaraan

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



DARI sebuah flat empat bilik, keluarga pasangan Encik Abdul Rahim Abdullah, 73 tahun, dan isterinya Cik Hamidah Rosman, 65 tahun, telah berpindah ke flat fleksi dua bilik yang membolehkan mereka membayar keseluruhan harga flat itu.



Langkah itu membolehkannya menjimatkan wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi persaraannya.



Cik Hamidah, seorang kerani, berpindah ke rumah barunya bersama suami, anak perempuan serta tiga orang cucu berusia antara enam dengan 10 tahun sekitar setahun lalu.



Setelah menjual flat empat biliknya di Yishun berharga $370,000, mereka membeli flat fleksi dengan tempoh pajakan 35 tahun pada harga $63,000 di Canberra.



Dengan flat baru itu, bil yang dibayar mereka lebih rendah, lantas mengelakkan mereka untuk menanggung beban kewangan yang berat.



"Dengan ekonomi yang kurang mantap ini, saya rasa ia amat penting untuk mempunyai wang simpanan persaraan CPF.



"Rumah lama saya memerlukan saya membayar $600 sebulan dan saya melihat wang simpanan saya merosot dengan cepat.



"Tetapi selepas saya berjaya mendapatkan rumah baru ini, saya dapat melangsaikannya semua secara tunai dan tidak perlu mengeluarkan wang CPF saya lagi," kata Cik Hamidah.



Mengulas mengenai kelebihan skim tersebut, Cik Hamidah berkata ia memberinya peluang untuk membayar bagi tempoh pajakan yang sesuai untuk keluarganya.



"Kami sebenarnya diberi pilihan untuk memilih 25, 35 atau 45 tahun.



"Saya fikir-fikir balik, saya dan suami saya pun sudah berumur... kurang sihat sekarang, jadi buat apa ambil tempoh pajakan yang lama. Dengan memilih tempoh pajakan yang tertentu, saya rasa kami dapat banyak berjimat," katanya.




"Kami sebenarnya diberi pilihan untuk memilih 25, 35 atau 45 tahun. Saya fikir-fikir balik, saya dan suami saya pun sudah berumur... kurang sihat sekarang, jadi buat apa ambil tempoh pajakan yang lama. Dengan memilih tempoh pajakan yang tertentu, saya rasa kami dapat banyak berjimat."
- Cik Hamidah Rosman, 65 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >