Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan raih manfaat kursus rumah tangga yang dikemas kini

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah ber-dating selama lima tahun, masih banyak perkara tentang satu sama lain yang belum cukup diketahui Cik Nurul Fatin Abdul Mutalib dan pasangannya, Encik Lutfi Amali Tuliman.



Menghadiri kursus rumah tangga tahun lalu, mereka lebih memahami peribadi dan perwatakan satu sama lain, yang banyak membantu dalam mempersiapkan diri bagi melangkah ke alam perkahwinan.



Dihubungi baru-baru ini, Cik Fatin, 27 tahun, berkata kursus tersebut membuka matanya bukan sahaja kepada sifat bakal suaminya ketika itu, malah terhadap realiti sebagai suami isteri juga.



"Mereka banyak berkongsi pelbagai senario dan juga kisah daripada kehidupan sebenar, selain membantu kami merancang sebagai satu pasangan," kata beliau.



Antara topik yang dibincangkan sepanjang kursus dua hari itu termasuk tanggungjawab suami dan isteri, kemahiran berkomunikasi serta cara menangani mertua, kongsinya.



Eksekutif Operasi Kanan itu telah selamat diijabkabulkan dengan Encik Lutfi, 29 tahun, seorang jurutera sivil, pada November lalu.



Awal bulan ini diumumkan bahawa kandungan bagi kursus persiapan perkahwinan Cinta Abadi telah dikemaskini untuk merangkumi perkara seperti pemilikan bersama flat atau rumah (joint tenancy), pencalonan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan insurans.



Ia juga merangkumi mesej untuk meningkatkan kesedaran tentang talak, atau perceraian, yang dilafazkan secara sewenang-wenangnya, dan kesan serta pencegahan melakukan perkara itu.



Selain kursus rumah tangga, Cik Fatin dan Encik Lutfi turut memuji program Bersamamu, di mana pasangan Islam yang mendaftar perkahwinan mereka perlu bertemu dengan kadi atau naib kadi sebelum majlis mereka untuk mendapatkan nasihat tentang perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.



Encik Lutfi berkata program tersebut "memang sangat bermanfaat", ditambah lagi dengan adanya kumpulan privet Facebook Bersamamu.



Pasangan yang dinikahkan kadi atau naib kadi akan dijemput menyertai kumpulan tersebut di mana maklumat berkaitan perkahwinan, keibubapaan dan pembangunan awal kanak-kanak dikongsikan.



"Yang menguruskan kumpulan itu semuanya kadi atau naib kadi, dan pada saya itu penting kerana mereka merupakan sumber yang boleh dipercayai dalam hal-hal rumah tangga.



"Bila kita ada soalan atau perlukan nasihat, kita tidak perlu khuatir sebab mereka boleh dipercayai," kata Encik Lutfi.



Pasangan tersebut juga telah bertemu dengan naib kadi mereka, Ustaz Fakhrudin Amin, secara bersemuka melalui panggilan video sebelum pernikahan mereka tahun lalu.



Panggilan video itu yang berlangsung selama sejam - menggantikan pertemuan bersemuka secara nyata akibat peraturan Covid-19 ketika itu.



"Bertemu dengan kadi memang sangat bagus sebab kita dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat lagi dengan ustaz yang bakal menikahkan kita.



"Lagipun dengan berjumpa kadi sebelum hari pernikahan membolehkan kita lebih selesa dengan beliau," tambah Encik Lutfi.



Beliau turut berkata hubungan dengan Ustaz Fakhrudin masih diteruskan di mana beliau dan isteri kerap bertanya soalan atau kemusykilan agama melalui pesanan WhatsApp, dan ustaz tersebut juga sering berkongsi tentang kursus mahupun ceramah yang boleh mereka sertai sebagai pasangan.




"Yang menguruskan kumpulan itu semuanya kadi atau naib kadi, dan pada saya itu penting kerana mereka merupakan sumber yang boleh dipercayai dalam hal-hal rumah tangga. Bila kita ada soalan atau perlukan nasihat, kita tidak perlu khuatir sebab mereka boleh dipercayai."
- Encik Lutfi Amali Tuliman, yang telah diijabkabulkan dengan Cik Nurul Fatin Abdul Mutalib pada November lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >