Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan penuh idea dan berani tampil menyumbang

Pasangan selamatkan 'sayur tak cantik' untuk diberi kepada golongan memerlukan

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



Meski sibuk dengan jadual dan komitmen keluarga, bilangan golongan profesional Melayu/Islam yang sedia membantu masyarakat semakin bertambah. Bantuan yang diberikan juga pelbagai dan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga sokongan, menjalin rangkaian, kerohanian dan juga fesyen. BERITA HARIAN meninjau usaha yang dilakukan segelintir golongan ini dan apa yang mendorong mereka untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.




SETIAP Sabtu, tanpa lelah, Cik Azlina Ahmad dan suaminya, Encik Nurfahmi Sazali, akan menggunakan kereta mereka untuk "menyelamatkan" sayur-sayuran dari pasar borong Pasir Panjang.



Ini merujuk kepada sayur-sayuran yang tidak boleh dijual di pasaran kerana tidak begitu sempurna dari segi estetik tetapi masih boleh dimakan.



Daripada sayur-sayuran itu dibuang, Cik Azlina akan mengambilnya untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



"Kami mempunyai peti sejuk masyarakat yang kami letak di kolong Blok 101 Bedok North Avenue 4.



"Setiap Sabtu tengah hari, mereka yang memerlukan akan beratur panjang untuk mendapatkan sayur-sayuran itu secara percuma," kongsinya.



Usaha yang dilakukannya merupakan sebahagian daripada inisiatif SmilesSalamSG yang ditubuhkan pasangan suami isteri itu sekitar empat tahun lalu.



Tujuan utama apabila memperkenalkan inisiatif itu pada awalnya adalah melakukan kerja-kerja sukarela di luar negara, khususnya di Siem Reap, Kemboja.



Namun akibat pandemik, pelan itu terpaksa ditangguhkan dan beralih kepada kerja sukarela di dalam negara.



Melihat bagaimana sesetengah anggota masyarakat yang sumber kewangan mereka terjejas akibat virus Covid-19, mendorong ibu tiga anak berusia 41 tahun ini untuk melakukan sesuatu demi membantu mereka yang memerlukan.



"Saya dapati ada jurang daripada segi bantuan yang diterima golongan memerlukan.



"Mereka mungkin menerima bantuan kewangan tetapi dari segi barangan harian, mereka kurang mendapatnya.



"Atau ada yang tidak dapat menerima bantuan kerana saiz flat tetapi pencari nafkah utama telah diberhentikan kerja atau pasangan yang baru berpisah dan berdepan dengan jalan buntu.



"Ini yang mendorong saya memberikan bantuan bagi meringankan beban mereka daripada aspek ini,"



Selain sayur-sayuran, SmilesSalamSG mengagihkan lampin dan susu kepada keluarga yang memerlukan serta mengadakan "pop-up store" atau pemberian makanan percuma di kolong blok setiap bulan.



Antara tempat yang mempunyai khidmat ini termasuk di kolong blok rumah sewa Blok 208A Tampines Avenue 2.



Kumpulannya akan mencari derma sama ada dari segi wang atau bahan makanan yang boleh diberikan kepada penerima.



Pada hari berlangsungnya pemberian makanan itu, sudah terlihat ramai penerima beratur panjang seawal 8 pagi untuk mendapatkan barangan dapur percuma itu.



Yang sering diingini penerima ialah barang asas dapur seperti beras, minyak, telur dan minum-minuman seperti Milo, teh dan kopi serbuk.



Melebihi daripada itu, Cik Azlina berkata beliau amat terkesan apabila penerima menyumbang balik kepada masyarakat meskipun mereka sendiri sedang mengalami kesusahan.



"Ada seorang ibu yang mempunyai tujuh anak dan tinggal di flat 2 bilik tetapi beliau tetap mahu membantu kami meskipun beliau dalam kesusahan.



"Ini kerana menurutnya apabila beliau membantu, beliau dapat rasa dirinya berharga dapat menyumbang bantuan kepada orang lain yang senasib dengannya," katanya.



Hujung tahun ini juga kumpulannya akan ke Kemboja untuk membantu membuat penapis air bagi penduduk kampung di sana.



Ini merupakan sesuatu yang kerap dilakukannya semasa menjadi sukarelawan dengan Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF).



Namun apa yang berbeza bagi kumpulannya ialah beliau membolehkan keluarga untuk turut serta dan membawa anak-anak mereka sekali.



"Saya mahu anak muda hari ini terdedah kepada kerja-kerja sukarela dan diberi peluang melakukannya.



"Hanya dengan peluang sedemikian mereka dapat melahirkan rasa empati dalam diri mereka sendiri," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >