Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan suami isteri dijel kerana dera amah

Mar 10, 2017 | 03:25 PM



SEORANG bekas pengurus teknologi maklumat serantau dan isterinya yang mendera pembantu rumah mereka masing-masing dihukum penjara dua tahun dan empat bulan, dan dua bulan pada Jumaat (10 Mac).



Tay Wee Kiat, 39 tahun, didapati bersalah terhadap 10 tuduhan mendera pembantu rumah dari Indonesia, Cik Fitriyah, dan tuduhan menawarkan untuk membayar gaji pembantu rumah berusia 34 tahun itu dan menghantarnya pulang sebagai balasan tidak melaporkan kesalahannya kepada polis.



Dia juga didapati bersalah mengarahkan Cik Fitriyah supaya berbohong kepada polis bahawa dia tidak mengasari seorang lagi pembantu rumah, warga Myanmar Moe Moe Than, 28 tahun, pada 2012.



Isteri Tay, Chia Yun Ling, 41 tahun, didapati bersalah menampar Cik Fitriyah antara Jun dan Disember 2012, dan menumbuk dahi beliau pada 7 Disember tahun itu.



Kedua-duanya merayu terhadap sabitan dan hukuman mereka. Jumlah ikat jaminan mereka sebanyak $10,000 setiap seorang dinaikkan sebanyak $5,000.



Kes pendakwaan ialah Tay memaksa Cik Fitriyah berdiri satu kaki di atas bangku sambil memegang satu lagi bangku di tangannya. Semasa Cik Fitriyah dipaksa melakukan itu selama setengah jam, Tay menyumbat satu botol plastik kecil ke dalam mulutnya.



Cik Than memberi keterangan pada perbicaraan itu bahawa Tay memaksa beliau dan Cik Fitriyah merangkak dan kemudian menendang punggung mereka. Dia juga memaksa mereka menampar satu sama lain 10 kali dan memukul mereka dengan tiga tongkat yang diberkas menjadi satu.



Cik Than berkata Tay menendang mereka selepas dia bertanya apakah mereka melipat sekeping kertas milik anak perempuannya dan mereka berdua menafikannya.



Cik Than berkata pasangan itu "baik" kepada Cik Fitriyah tetapi kadang-kadang mencari kesalahan beliau dan menghukumnya.



Cik Than bekerja bersama pasangan itu selama 10 bulan di rumah mereka di Yishun. Beliau mendakwa tidak diberi hari pelepasan dan dibenarkan minum dan menggunakan tandas hanya tiga kali sehari. Jika tidak, beliau disuruh "melompat seperti arnab".



Pada Oktober 2012, Cik Than dihantar pulang ke Myanmar tanpa diberitahu sebabnya. Beliau kembali ke Singapura dua bulan kemudian dan membuat laporan terhadap bekas majikannya.



Sebanyak 17 dan 11 tuduhan lain terhadap Chia dan Tay yang ditangguhkan telah ditetapkan bagi persidangan sebelum perbicaraan pada 4 April.



Di bawah undang-undang, Tay dan Chia boleh dihukum penjara hingga tiga tahun dan/atau denda hingga $7,500 bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >