Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pasangan suami isteri orang pertama dituduh memperdagang orang

May 20, 2016 | 02:51 PM

SEORANG lelaki warga Singapura dan isterinya dari Nepal menjadi orang pertama di sini yang akan dikenakan tuduhan pemerdagangan buruh di bawah Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia.

Balakrishnan a/l Jaganathan, 52 tahun, dan Khema Bhatta, 29 tahun, menghadapi tujuh pertuduhan setiap seorang kerana "menyalah guna kuasa mereka sebagai majikan untuk melindungi dan mengeksploitasi tujuh wanita wanita Bangladesh", kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Mei).

Wanita-wanita itu artis persembahan di sebuaha pub muzik Hindi, Taraana, di mana Balakrishnan menjadi pengarah dan isterinya pengurus.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda hingga $100,000 dengan hukuman penjara hingga 10 tahun, dan boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali.

MOM berkata ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan tujuh wanita Bangladesh itu disediakan penjagaan sesuai. Pegawai siasatan kementerian itu melawat mereka secara kerap bagi memeriksa kesejahteraan fizikal dan mental mereka, katanya.

Kaunselor profesional juga telah dilantik bagi menjaga keperluan emosi mereka. Untuk membantu proses pemulihan mereka, MOM telah memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan sementara di bawah Skim Kerja Sementara.

Kementerian itu berkata Singapura kekal komited membanteras pemerdagangan orang.

Ia menegaskan Pasukan Petugas Antara Agensi bagi Pemerdagangan Orang Singapura melancarkan pendekatan nasional menentang pemerdagangan orang tahun ini.

Pasukan petugas itu dipengerusikan bersama oleh Kementerian Dalam Negeri dan MOM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3