Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pasangan sumbang kasih jaga anak titipan berkeperluan khas

Nov 21, 2021 | 05:30 AM

BUKAN satu tetapi sehingga tujuh anak titipan pernah dijaga Cik Siti Sukmanah Ishak dan suaminya, Encik Bohari Pagi (gambar).

"Pada awalnya, saya hanya mempunyai seorang anak tunggal dan rumah juga agak besar.

"Jadi saya terfikir mengapa tidak ambil anak titipan, jadi anak saya juga ada kawan," katanya yang mempunyai dua anak kandung.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Titipan yang ke-65 dan Majlis Penganugerahan bagi Kanak-Kanak dan Belia Titipan 2021 semalam, Cik Sukmanah dan ibu bapa titipan lain telah diraikan dalam satu acara dalam talian.

Menyingkap kembali kali pertama mengambil anak titipan, Cik Sukmanah berkata keluarganya telah sekali gus menjaga sepasang adik beradik berusia empat tahun dan lima tahun.

"Satu hari semasa saya sedang mendermakan barang ke Pertapis, saya ternampak seorang kanak-kanak sekitar empat tahun, yang masih kecil dan terpaksa beratur sebelum mendapat makanan.

"Saya berasa kasihan melihat anak kecil itu perlu berdikari pada usia yang sangat muda. Daripada situ, terdetik hati untuk membuka rumah saya kepada mereka," katanya menyingkap kembali saat pertama itu pada 2009.

Dan kini beliau sedang menjadi keluarga titipan kepada Aeden (bukan nama sebenar) 10 tahun sejak 2019.

Dengan bimbingan pasangan suami isteri ini, Aeden yang merupakan anak berkeperluan khas, kini menunjukkan tingkah laku yang lebih baik, bahkan cemerlang dalam sukan dan seni lukis.

"Untuk terus mempertingkat kemahirannya dalam melukis, kami telah membelikannya pelbagai alat tulis yang diperlukan," kata Cik Sukmanah, 51 tahun.

Aeden juga telah menerima Anugerah Pujian bagi Pencapaian Sukan dan Seni semasa sambutan tersebut.

Laporan lanjut: Buku panduan sokong kanak-kanak, belia titipan dilancar

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3