Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan terperangkap dalam banjir, kereta gagal berfungsi

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN ke tempat kerja, yang selalunya memerlukan 10 hingga 15 minit, memakan masa berjam-jam bagi Cik Erny Mohd Yazid dan suaminya, yang terperangkap dalam banjir akibat hujan lebat pagi semalam.



Kereta yang dipandu suaminya untuk menghantar beliau dari Simei ke tadika MOE di Sekolah Rendah Meridian di Pasir Ris Street 71 gagal berfungsi apabila sebahagian kenderaan itu tenggelam dalam air bah semasa mereka tiba di simpang Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12.



Kejadian itu berlaku sekitar 7.25 pagi semalam.



"Pada awalnya, kami fikir paras air tidak begitu tinggi dan kami boleh lepas simpang itu. Jadi, kami pandu ke depan.



"Tetapi, apabila tiba di tengah-tengah simpang, di situlah kami tersangkut. Kereta tidak dapat bergerak langsung," kata guru tadika itu.



Kurang tiga minit mereka tersangkut, paras air meningkat deras dan kenderaan mereka kian dimasuki air, kata Cik Erny, 39 tahun.



Suami beliau segera memutuskan agar mereka keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.



"Pada awalnya, saya tidak dapat buka pintu dari dalam sebab air sudah semakin naik. Jadi, suami saya harus bukanya dari luar.



"Apabila saya keluar dari kereta, paras air sudah cecah pinggang saya... Ia pengalaman yang menggerunkan," tambah Cik Erny.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dalam satu kenyataan semalam, berkata pegawainya telah memindahkan pemandu dan penumpang dari sekitar 13 kenderaan yang tersangkut dalam banjir akibat hujan lebat pagi semalam.



Seorang individu yang mengalami kesakitan pada kakinya telah dibawa ke Hospital Besar Changi, dan lima orang telah diselamatkan dan dibawa ke kawasan terlindung yang berdekatan, tambah SCDF.



SCDF berkata ia telah dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan bantuan pada sekitar 7.40 pagi.



Ia menambah bahawa 25 orang berjaya keluar dari kenderaan mereka sebelum pegawai SCDF tiba.



Awal daripada itu, SCDF mengatakan pegawai dari kru ambulansnya telah memeriksa dua orang untuk melihat sama ada mereka mengalami sebarang kecederaan.



Hujan lebat juga telah menyebabkan kesesakan trafik di bahagian lain Singapura pagi semalam dan pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko berlakunya banjir.



Dalam satu pos di Facebook pada sekitar 8 pagi semalam, PUB berkata paras air longkang mencapai 90 peratus di beberapa bahagian Singapura akibat hujan lebat.



Ia menambah banyak kawasan juga berisiko mengalami banjir kilat dan sejak sekitar 8 pagi, PUB meminta orang ramai supaya mengelak 13 kawasan di serata Singapura.



Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin lalu mengatakan lebih banyak hujan berserta guruh dijangkakan untuk baki bulan Ogos akibat keadaan monsun barat daya, di mana angin tahap rendah dijangka bertiup dari arah tenggara atau barat daya.




"Pada awalnya, saya tidak dapat buka pintu dari dalam sebab air sudah semakin naik. Jadi, suami saya harus bukanya dari luar.

Apabila saya keluar dari kereta, paras air sudah cecah pinggang saya... Ia pengalaman yang menggerunkan."

- Cik Erny Mohd Yazid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >