Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan tunggu tujuh tahun sebelum niat haji tercapai

Sep 01, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS dua kali mengunjungi tanah suci bagi ibadah umrah, Encik Azrul Aziz, 49 tahun, bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali ke tanah suci sekali lagi, namun kali ini, bagi melaksanakan ibadah haji.



Bersama isterinya, Cik Riana Pramuktiningsih Soemardi, 48 tahun, mereka berangkat ke Jeddah pada 27 Julai lalu.



Setelah terjatuhnya niat untuk menunaikan rukun Islam kelima, Encik Azrul mendaftarkan diri untuk ibadah haji pada 2012.



"Kami menunggu sekitar tujuh tahun sebelum dapat panggilan dari Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) pada tahun ini," kata Encik Azrul, bapa tiga orang anak.



Menaiki pesawat Scoot, pasangan suami isteri itu sampai di Lapangan Terbang Jeddah selepas sembilan jam.



Apabila sampai di Jeddah, Encik Azrul agak terkejut apabila beliau dapat melepasi imigresen dengan sangat pantas.



"Ia mengambil hanya 10 minit dan kami berdua sudah keluar daripada bangunan itu. Sangat lancar sekali," kata Encik Azrul.



Selepas duduk berjam-jam dalam pesawat, pasangan itu tentunya tidak sabar untuk ke tempat penginapan agar dapat berehat seketika.



Keinginan itu terhalang apabila pasangan suami isteri itu harus menunggu selama dua jam untuk bas yang akan membawa mereka ke hotel mereka, Hotel Makkah Clock Royal Tower.



"Akhirnya, kami sampai sekitar 3 pagi. Perjalanan dari Jeddah ke hotel kami mengambil masa lebih kurang tiga jam. Sangat lama dan bas itu pula tidak begitu selesa," ujar Encik Azrul, seorang jurutera.



"Walaupun perjalanannya tidak begitu ideal, lokasi hotel amat menyenangkan buat kami berdua.



"Dekat dengan pintu 79 Masjidil Haram, hotel kami hanya sekitar 20-30 meter dari masjid. Ia memudahkan kami ulang-alik dari tempat penginapan ke masjid," tambah Encik Azrul.



Sungguhpun, cuaca panas pada masa itu juga agak mencabar, namun, Encik Azrul dan isteri cekalkan hati dan kuatkan semangat mereka.



"Kami memang sudah menjangkakan cuaca yang terik ini. Lagi-lagi dalam musim panas," kata beliau.



Pada 5 Ogos, Encik Azrul dan iseri mula berangkat untuk ke Shisha dari Makkah dengan menaiki bas.



Perjalanan sekitar sejam itu membawa mereka ke sebuah apartmen - penginapan mereka buat sekitar tiga hari.



"Satu bilik dalam apartmen itu dikongsi lima hingga enam orang, biliknya berhawa dingin dan bersih, penginapan kami di Shisha amat baik.



"Dewan makan, surau dan tempat berehat juga disediakan untuk para jemaah," ujar Encik Azrul



Tiga hari kemudian, mereka berdua bersiap sedia untuk ke Mina.



"Ejen pelancongan kami sudah memberi taklimat lebih awal dan memberitahu kami tentang keadaan di Mina.



"Satu khemah dikongsi oleh terlalu banyak orang dan ia agak sesak. Namun, saya berada dalam khemah yang sama dengan para jemaah dari Indonesia, jadi rasa janggal itu tidak ada," kata Encik Azrul yang merupakan seorang penduduk tetap Singapura dari Indonesia.



"Tilam yang selesa disediakan buat kami dalam khemah itu dan tilam itu menjadi tempat tidur dan rehat kami."



Bagi Encik Azrul, masa beliau di Mina agak mencabar, lagi-lagi bab tandas.



"Tandas awam yang disediakan tidak mencukupi bagi jumlah jemaah yang hadir. Kerana itu, kami perlu beratur sangat lama. Ia seperti berada dalam kawasan perkampungan!" kata beliau.



Walaupun beliau berpendapat bahawa pihak Saudi boleh melakukan sesuatu tentang pengurusan tandas, Encik Azrul juga memahami bahawa jemaah yang hadir di Mina itu terlalu ramai dan keadaan itu sukar untuk ditangani.



"Ada warga tua yang terpelecok dan ia agak susah untuk ke tandas bagi mereka yang kurang upaya. Perkara ini mungkin boleh dibaiki," kata beliau.



Selain daripada itu, Encik Azrul puas dengan makanan yang disediakan bagi para jemaah di Mina.



Apabila ditanya tentang pengalaman haji beliau secara keseluruhannya, beliau berkata: "Pengalaman ini merupakan sesuatu yang tidak dapat saya lupakan. Kami diurus baik oleh pihak GSA (ejen pakej haji) dan juga Saudi. Ibadah juga berjalan dengan lancar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >