Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan yang dikaitkan dengan kumpulan antivaksin disiasat kerana hasut orang lain untuk banjiri talian penting awam

Nov 25, 2021 | 09:17 PM



Dua orang sedang disiasat kerana didakwa menghasut orang lain untuk menghubungi dan membanjiri  talian hotline awam, termasuk yang membantu orang ramai berkaitan isu Covid-19.

The Straits Times difahamkan bahawa pasangan itu ialah Cik Iris Koh, 45 tahun, dan Encik Raymond Ng, 48 tahun.

Cik Koh, warga Singapura, adalah pengasas kumpulan bergelar Healing The Divide, yang mendakwa memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya vaksinasi. 

Encik Ng difahamkan sebagai suaminya.





Pihak polis menyatakan pada Khamis (25 Nov) bahawa mereka menerima laporan pada 18 Oktober yang mendakwa bahawa kedua-duanya telah menghasut lebih 2,000 ahli dalam satu kumpulan Telegram untuk membanjiri  talian hotline awam.

Ahli kumpulan  itu diberitahu untuk berkongsi maklum balas mereka mengenai langkah lebih ketat Covid-19 bagi orang yang tidak divaksin di tempat awam dengan talian hotline Perkhidmatan Kualiti/Maklum Balas  Kementerian Kesihatan (MOH);  hotline Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF); dan talian  National Care Hotline yang menawarkan kaunseling.





Pihak polis, yang telah berunding dengan Jabatan Peguam Negara, sedang menyiasat Cik Koh dan Encik Ng atas dakwaan kesalahan bersubahat dengan menghasut orang ramai untuk menghalang tugas penjawat awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >