PENDUDUK dan peniaga di kawasan tengah Singapura, khususnya di Toa Payoh, tidak perlu bersusah payah ke Pusat Borong Pasir Panjang atau ke seberang Tambak untuk membeli sayur- sayuran murah.
Kehadiran 'Pasar Borong Jalanan' Toa Payoh East yang terletak di depan Sekolah Awam Pei Chun dan di belakang Poliklinik Toa Payoh ini cukup untuk membekalkan mereka dengan sayur- sayuran segar yang dibawa masuk dari Malaysia dan diimport dari luar negara oleh pemborong.