Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Bulat Tampines dibuka semula

Jul 08, 2019 | 05:30 AM



PASAR Bulat dan Pusat Makanan Tampines telah dibuka semula selepas menjalani kerja-kerja peningkatan selama dua bulan.



Pengunjung kini boleh menjangkakan pengalihan udara yang lebih baik serta pacak burung (bird spikes) untuk menghalau burung yang tidak diingini.



Tempat duduk bagi kanak-kanak juga akan disediakan dalam masa sebulan lagi, dengan tempat turun penumpang atau 'drop-off' sedang diusahakan sebagai sebahagian rancangan memperbaiki laluan trafik di sekitar kawasan tersebut.



Bercakap dalam satu acara meraikan pembukaan semula pasar itu semalam, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo, berkata perubahan kepada pasar berusia 36 tahun itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pemilik gerai dan penduduk setempat.



"Bagi kebanyakan penduduk kami di kawasan North East, (pasar) ini bukan sahaja menjadi tempat di mana anda boleh datang dan menikmati makanan yang enak bahkan ia telah meninggal kesan dalam sejarah kita," ujarnya.



Acara itu dihadiri anggota parlimen GRC Tampines lain termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat; serta Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli.



Pemberian durian bagi warga emas ternyata merupakan antara tarikan utama semasa acara itu.



Kemudahan lain yang telah diterapkan pada pasar itu termasuk lebih mesra kerusi roda, penggunaan lampu yang jimat tenaga, serta rak mengembalikan dulang baru selain tandas yang telah dipertingkat.



Sekitar 10 tempat duduk kanak-kanak plastik telah disediakan buat masa ini, tambah Encik Choo.



Katanya: "Kami akan terus mengembangkan usaha ini selepas mendapatkan maklum balas daripada keluarga muda."



Suri rumah, Cik Lee Geok Hong, 62 tahun berkata:



"Ia kini lebih cantik daripada sebelumnya, kerana sebelum ini ia tidak mempunyai kipas angin besar.



"Sebelum ini juga, burung banyak berterbangan di kawasan ini tetapi pada hari ini saya tidak nampak satu pun."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >