BUNYI tembakan kedengaran di Pasar Bulat dan Pusat Makanan Tampines semalam, sebelum pihak berkuasa bertindak menumpaskan 'penembak' dan menyelamatkan 'mangsa'.
Serangan simulasi selama lima minit itu dikendalikan Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan sukarelawan masyarakat pada Hari Kesediaan Kecemasan Tampines Changkat.