Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar dan pusat penjaja Geylang Serai ditutup tiga hari

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



PASAR dan pusat penjaja Geylang Serai ditutup tiga hari mulai hari ini bagi kerja-kerja pembersihan menyeluruh serta pembasmian kuman.



Pengunjung ke pasar itu pada hujung minggu dimaklumkan tentang penutupan tersebut menerusi risalah yang diletak di sekitar premis itu.



Namun, risalah tersebut tidak menyatakan sebab ia terpaksa ditutup bagi kerja pembersihan itu.



Baru-baru ini terdapat khabar angin yang tersebar menerusi media sosial dan WhatsApp menyatakan pasar dan pusat makanan Geylang Serai akan ditutup menyusuli kes Covid-19 yang dikesan di premis itu sejak tujuh hari berturut-turut.



Beberapa peniaga berkata mereka dimaklumkan tentang penutupan itu dan ia disahkan sendiri oleh pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang ke pasar itu kelmarin.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) NEA mengesahkan penutupan pasar dan pusat penjaja Geylang Serai.



"NEA sedar akan kes Covid-19 di kalangan penjaja dan mereka yang bertugas di pasar dan pusat penjaja Geylang Serai," kata agensi itu dalam satu kenyataan semalam.



Ia turut menyatakan mereka telah berunding dengan Persatuan Peniaga untuk penutupan tiga hari secara sukarela (dari 1 November hingga 3 November) Pasar Geylang Serai untuk kerja-kerja pembersihan dan supaya para penjaja kembali membersihkan gerai mereka.



"Pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman di premis itu akan memastikan Pasar Geylang Serai kekal bersih dan selamat untuk pengunjung, peniaga gerai dan orang yang bekerja di situ" tambahnya.



NEA dan Persatuan Peniaga juga mengingatkan pengunjung, peniaga gerai dan mereka yang memasuki Pasar Geylang Serai untuk memainkan peranan dengan memakai pelitup setiap masa, selain sedang makan dan minum serta mengamalkan kebersihan diri yang baik, dan mematuhi Langkah Pengurusan Selamat Covid-19.



Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata peniaga diberitahu mereka hanya boleh kembali ke gerai mereka lusa selepas kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian dilakukan.



"Pada hari terakhir itu, kami boleh balik ke gerai untuk membuat pembersihan sendiri.



"Bagi saya kerja pembersihan dan pembasmian kuman ini mungkin perlu dilakukan bagi keselamatan para peniaga di sini dan juga pengunjung, lebih-lebih lagi dengan keadaan Covid-19 sekarang," ujarnya.



Kunjungan akhbar ini ke pasar dan pusat penjaja Geylang Serai pagi semalam mendapati ramai masih mengunjunginya. Orang ramai dilihat beratur panjang untuk memasuki pasar.



Seorang pengunjung, Encik Khairi Haron berkata beliau hanya mendapat tahu tentang penutupan itu selepas melihat risalah NEA.



Beliau yang beratur bersama isterinya berkata: "Mungkin disebabkan penutupan ini, ramai yang datang hari ini, memandangkan Khamis nanti sudahpun cuti umum sempena perayaan Deepavali."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >