Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Geylang antara tempat dikunjungi kes Covid-19: MOH

Sep 01, 2020 | 11:33 PM



PASAR dan Pusat Makanan Geylang Serai adalah antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19 ketika mereka dalam keadaan berjangkit.



Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam (1 September).



Menurut MOH, terdapat tiga hari di mana kunjungan dibuat pesakit – 18 Ogos (antara 12 tengah hari hingga 12.35 tengah hari); 21 Ogos (antara 2.10 petang hingga 3.05 petang) dan 25 Ogos (antara 9.05 pagi hingga 10.20 pagi).



Menurut MOH, mereka yang dikenal pasti sebagai kontak dekat kes yang telah disahkan itu telah dimaklumkan pihaknya.



Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH menasihati mereka yang berada di lokasi dan pada masa  yang disenaraikan agar memantau kesihatan mereka buat 14 hari menyusuli kunjungan yang dibuat.



Mereka harus segera berjumpa doktor jika terdapat tanda seperti jangkitan pernafasan akut (batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam atau kehilangan deria merasa atau menghidu. Mereka harus menjelaskannya kepada doktor perihal ini.



Bagi orang awam lain, MOH menjelaskan, mereka tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes Covid-19.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan berurusan dengan pihak pengurusan tempat yang terjejas dalam memberi panduan dalam kerja-kerja pembersihan atau menyahjangkitkan ruang tersebut.



Hingga 12 tengah hari Selasa (1 September), sebanyak 40 kes baru dikenal pasti. Ia termasuk satu kes masyarakat dan tujuh kes import.



Satu-satu kes masyarakat merupakan wanita pemegang pas kerja dari China yang berusia 24 tahun.

Beliau dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat pekerja dalam sektor binaan, kelautan dan pemprosesan yang menetap di luar dormitori.



91 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 86 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >