Pasar, pusat penjaja dan kedai kopi lebih sunyi..., Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pasar, pusat penjaja dan kedai kopi lebih sunyi...

Jul 23, 2021 | 05:30 AM

SUASANA di pasar basah, pusat penjaja dan kedai kopi lebih sunyi daripada biasa semalam - pada hari pertama sekatan pengurusan selamat yang diperketat dengan Singapura kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).

Ini menyusuli lonjakan dalam jumlah kes masyarakat yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu, terutama yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.

Sehingga semalam, kelompok itu mempunyai 541 kes Covid-19.

Kelompok itu juga telah mencetuskan kelompok jangkitan Covid-19 di enam pasar dan pusat makanan lain.

Kesemua pegerai yang menjual ikan dan makanan laut di pasar yang dikendalikan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali dilantik agensi itu perlu mempunyai keputusan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) negatif sebelum mereka boleh dibuka bagi perniagaan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Semalam, beberapa penjual ikan di Pasar dan Pusat Makanan Kovan 209 telah mula berniaga semula selepas ujian PCR mereka kembali negatif, dengan mereka mendapatkan bekalan ikan dari Pelabuhan Perikanan Senoko.

Di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) yang dilaksanakan sehingga 18 Ogos ini, orang ramai sekali lagi tidak dibenarkan menjamu selera di premis F&B.

Restoran dan pusat makanan terpaksa ditutup dan hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran makanan dan beli pulang.


Laporan lanjut: Dua kelompok baru Covid-19 di Clementi dan Whampoa

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map