Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar raya FairPrice baru di Parkway Parade tawar lebih banyak produk tempatan

Jan 22, 2021 | 05:18 PM



PASAR raya FairPrice baru di Marine Parade akan menawarkan lebih banyak barangan daripada pembekal domestik.


Pasar raya besar (hypermarket) FairPrice Xtra baru di tingkat tiga Parkway Parade itu akan menjadi yang pertama di sini yang mempunyai bahagian khusus bagi produk tempatan seperti ikan, telur, sayur-sayuran dan cendawan, dan bertujuan mempromosikan jenama dan produk tempatan.


Lebih 600 produk tempatan boleh didapati di sana, berbanding pasar raya dengan saiz yang sama yang biasanya membawa kurang 500 produk tempatan.


Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng, yang merupakan tetamu terhormat di pembukaan rasmi pasar raya itu pada Jumaat (22 Jan), menyeru penduduk agar menyokong produk tempatan, yang disifatkannya sebagai penting dalam mengukuhkan daya tahan dan bekalan makanan Singapura.


Singapura berhasrat untuk menghasilkan 30 peratus keperluan pemakanan negara secara tempatan menjelang 2030, satu peningkatan daripada kurang 10 peratus kini.


Dr Tan, yang juga Menteri Kedua Tenaga Manusia, berkata bekalan makanan tempatan akan membantu Singapura mengurangkan kejutan luaran, seperti dengan membentuk penimbal semasa krisis bekalan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >