Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar raya kata mereka 'ada stok' sedang Pusat Borong Pasir Panjang diarah tutup

Pasar raya kata mereka 'ada stok' sedang Pusat Borong Pasir Panjang diarah tutup

Sep 27, 2021 | 05:56 PM



PENGENDALI pasar raya di sini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa terdapat stok buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi di kedai, dan mengingatkan mereka agar hanya membeli apa yang mereka perlukan.


Pengumuman oleh NTUC FairPrice, Sheng Shiong Group dan kumpulan runcit Dairy Farm International, yang memiliki pasar raya Cold Storage dan Giant, itu menyusuli penutupan sementara Pusat Borong Pasir Panjang.


Pusat borong itu ditutup dari Isnin (27 Sept) hingga Rabu untuk kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah kes Covid-19 dikesan di kalangan pekerja dan pengunjung.


Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti 64 kes di kelompok tersebut pada Ahad malam.


Kelompok itu terdiri daripada 59 pekerja di pasar tersebut, tiga pengunjung dan dua kes melibatkan anggota isi rumah.


FairPrice dalam satu kiriman Facebook pada Ahad malam berkata bagi memenuhi permintaan  lebih tinggi yang dijangkakan, rantaian pasar raya itu telah menambah bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran ke kedai-kedai mereka di serata negara.


Ia menambah saluran bekalannya  "yang teguh dan pelbagai bagi buah-buahan dan sayur-sayuran kekal utuh" dan mengingatkan pelanggan agar "hanya membeli apa yang mereka perlukan".


Ketua eksekutif FairPrice, Encik Seah Kian Peng, dalam satu kiriman Facebook berkata pasar raya itu mendapat bekalan secara langsung dan mempunyai Pusat Pengagihan Makanan Segar sendiri.


Jurucakap kumpulan runcit Dairy Farm International berkata ia belum melihat lonjakan dalam bilangan pelanggan di kedai.


"Pangkalan pembekal kami dipelbagaikan bagi memastikan bekalan yang mencukupi di semua kedai kami dan kami ingin meyakinkan pelanggan bahawa kedai-kedai kami hanya  terjejas sedikit oleh penutupan Pusat Borong Pasir Panjang," tambah jurucakap itu.


Dalam kiriman Facebook pada Ahad malam, pengendali pasar raya Sheng Shiong Group berkata  mereka "bekerja keras untuk memastikan semua kedai kami kekal mempunyai stok baik dengan penghantaran sayur-sayuran dan buah-buahan segar tepat pada masanya".



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >