Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran pekerja bertambah baik bagi belia sedang pengangguran turun: MOM

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



KADAR pengambilan pekerja belia di Singapura bertambah baik tahun lalu berbanding ketika pandemik Covid-19 berada di kemuncaknya pada 2020.



Menurut laporan pasaran pekerja 2021 Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan semalam, kadar pengangguran belia penduduk Singapura merosot kepada 7.3 peratus, berbanding 10.6 peratus pada 2020.



Belia penduduk Singapura termasuk warga dan penduduk tetap (PR) Singapura yang berusia 15 hingga 24 tahun.



Golongan muda secara umumnya mendapat pekerjaan dalam sektor seperti pentadbiran awam dan pendidikan, kesihatan dan khidmat sosial, serta borong dan perdagangan runcit di tengah-tengah keadaan ekonomi yang lebih optimistik.



Ekonomi yang lebih baik juga menarik lebih ramai golongan muda menyertai pasaran pekerjaan, ujar MOM.



Kadar penyertaan belia dalam tenaga kerja kekal pada 41.3 peratus tahun lalu, lebih tinggi berbanding kadar sekitar 38 peratus sebelum Covid-19 pada 2018 dan 2019.



Penyertaan yang meningkat ini juga menyebabkan kadar pengangguran belia lebih tinggi tahun lalu berbanding sekitar 6.6 peratus sebelum Covid-19 pada 2018, menurut MOM.



Tambahnya, kadar pengangguran belia di sini secara umumnya bersifat sementara dan jangka pendek.



"Ini bermakna mereka kurang berkemungkinan menganggur bagi tempoh yang lama (menganggur selama lebih 25 minggu) berbanding pekerja lebih berusia yang lebih berkemungkinan memerlukan masa lebih lama mencari pekerjaan yang sama," ujar MOM.



Tahun lalu, kadar belia yang menganggur bagi jangka masa panjang adalah 16.4 peratus, lebih rendah berbanding bagi pekerja yang lebih berusia.



Sebagai contoh, 34.6 peratus penganggur yang berusia 50 hingga 59 tahun sudah menganggur bagi tempoh yang lama.



Sementara kadar pengangguran belia bagi jangka masa panjang naik sedikit sebanyak 1.2 peratus tahun lalu, ini boleh dibandingkan dengan keadaan semasa krisis sebelum ini, termasuk pandemik Sars pada 2003 (1.3 peratus) dan krisis kewangan sedunia pada 2009 (1 peratus).



Daripada kalangan belia yang diambil bekerja, majoriti kecil - atau sekitar 56 peratus - bekerja sepenuh masa pada Jun tahun lalu, berbanding sekitar 53 peratus pada suku yang sama pada 2018.



Menurut laporan MOM itu, Singapura juga mempunyai kadar rendah belia yang tidak berada dalam pekerjaan, pendidikan atau latihan.



Tambahnya, ini menunjukkan bahawa sikap tidak produktif dari segi ekonomi bukan isunya.



MOM berkata kadar belia yang tidak berada dalam pekerjaan, pendidikan atau latihan merosot kepada 4.5 peratus, berbanding 5.3 peratus ketika pandemik Covid-19 berada di kemuncaknya pada 2020.



"Ini mencerminkan mutu sistem latihan dan pendidikan kita, yang membantu belia menyertai tenaga kerja dengan berjaya sedang lebih ramai belia mencari pekerjaan sepenuh masa tahun lalu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >