Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran pekerjaan S'pura makin pulih, pemberhentian kerja turun: MOM

Jul 29, 2022 | 03:44 PM



PASARAN pekerjaan Singapura terus pulih dalam suku kedua tahun ini tetapi pelbagai rintangan yang wujud di seluruh dunia kini seperti inflasi yang meningkat, konflik Russia-Ukraine dan kebangkitan semula kes jangkitan Covid-19 dalam ekonomi besar dunia termasuk China mungkin akan menjejas permintaan bagi pekerja.



Menurut perangkaan awal yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (29 Julai), kadar pengambilan pekerja penduduk – iaitu termasuk warga dan penduduk tetap (PR) Singapura – dijangka melebihi tahap sebelum Covid-19 sebanyak 4 peratus.



Namun, kadar pengambilan pekerja penduduk itu dijangka tumbuh lebih perlahan selepas ini disebabkan keadaan pengangguran di sini yang bertambah baik.



“Dalam beberapa bulan mendatang, kami menjangkakan kadar pengambilan pekerja bukan penduduk akan terus tumbuh dengan kukuh sedang ia menuju ke arah mencapai tahap sebelum Covid-19,” ujar MOM dalam laporan Keluaran Awal Pasaran Pekerja bagi suku kedua tahun ini.



Berdasarkan perangkaan terkini, kadar pengambilan pekerja bukan penduduk kekal sekitar 10 peratus lebih rendah berbanding tahap pada Disember 2019.



Bagi suku kedua, kadar pengambilan pekerja keseluruhan – tidak termasuk pekerja domestik migran – tumbuh seramai 64,400 pekerja atau sekitar 1.9 peratus.



Kadar pertumbuhan ini lebih pantas berbanding pertumbuhan semasa suku pertama tahun ini, dengan jumlah pekerja tumbuh seramai 42,000 orang atau sebanyak 1.2 peratus.



Sementara itu, jumlah pemberhentian kerja pula terus menurun kepada rekod terendah 1,000 pekerja dalam suku kedua tahun ini.



Angka terkini itu merupakan kadar pemberhentian kerja 0.5 bagi setiap 1,000 pekerja.



Dalam pada itu, kadar pengangguran yang mencapai kemuncaknya pada Oktober 2020 kekal stabil selepas mencapai tahap sebelum Covid-19 pada Februari tahun ini, di tengah-tengah pasaran pekerja yang ketat dan jumlah rekod kerja kosong yang ada.



Bulan lalu, kadar pengangguran keseluruhan mencapai 2.1 peratus, lebih rendah berbanding kadar 2.2 peratus Mei lalu.



Sementara itu, kadar pengangguran penduduk pula menurun kepada 2.9 peratus berbanding 3 peratus Mei lalu manakala kadar pengangguran warga kekal pada 3.1 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >