Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15

Pasaran saham terus merosot

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pasaran saham terus merosot

Feb 11, 2016 | 08:58 AM

Pasaran Asia terus merosot pada Rabu (10 Feb), dengan Singapura jatuh 1.57 peratus apabila bursa dibuka semula selepas cuti Tahun Baru Cina.

Saham Jepun jatuh ke tahap paling rendah sejak Oktober 2014, sementara stok Australia jatuh memasuki pasaran beruang, atau turun, setelah jatuh 20 peratus daripada pasaran tinggi baru-baru ini.

Pasaran serantau terjejas oleh penurunan mendadak di Wall Street sejak Jumaat lepas dan kebimbangan tentang kesihatan sektor perbankan global, kerana kadar faedah negatif di Jepun dan dasar kewangan longgar dalam zon euro akan menjejaskan keuntungan perbankan.

Kelemahan asas harga minyak juga masih membimbangkan.

Kebimbangan mengenai sektor perbankan global punca terbaru yang memacu pelabur kebingungan keluar daripada pasaran.

Kemerosotan berlaku di mana-mana, dengan saham Jepun jatuh ke tahap paling rendah sejak Oktober 2014 selepas kehilangan 0.2 peratus pada Rabu, selepas jatuh 5.4 peratus pada Selasa.

Australia, yang semakin merosot sejak awal tahun ini, jatuh ke dalam pasaran turun selepas merosot 1.2 peratus.

Kesuraman menjangkiti pasaran Singapura, yang dibuka semula pada Rabu selepas Tahun Baru Cina dan terus merosot, jatuh 3 peratus sebelum pulih sedikit untuk tutup 1.57 peratus, atau 41.11 mata, lebih rendah pada 2,582.1 dan turun 10.4 peratus bagi tahun ini.

Saham mewah didera, dengan komoditi dan pemaju hartanah rugi paling banyak.

Sedikit kelegaan kata pengamat ialah pasaran China masih ditutup kerana Tahun Baru Cina. Ia akan dibuka Isnin ini.

Di Wall Street, Indeks 500 Standard & Poor 500 berakhir Selasa lalu dekat dengan paras terendahnya sejak April 2014, manakala Indeks Komposit Nasdaq semakin hampir memasuki pasaran beruang di tengah-tengah kemerosotan saham tenaga dan teknologi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3