Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik: 18 peratus pengguna Zon 2 tukar pembekal elektrik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik: 18 peratus pengguna Zon 2 tukar pembekal elektrik

Feb 08, 2019 | 07:04 PM

HAMPIR satu daripada lima pengguna yang layak menukar kepada pembekal elektrik lain sejak 1 Januari lalu telah memilih untuk melakukan demikian, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Sebanyak 18 peratus pengguna di estet Zon 2 termasuk Bishan, Sengkang dan Punggol telah memilih untuk menukar kepada pembekal elektrik lain daripada SP Group sebagai sebahagian pelaksanaan Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) mengikut zon.

Pengguna Zon 1, yang kebanyakannya di bahagian barat laut Singapura, boleh menukar pembekal elektrik sejak November lalu, dengan penduduk di Jurong boleh melakukan demikian sejak April tahun lalu.

EMA berkata pelaksanaan pasaran terbuka di serata negara itu sedang berjalan lancar.

Sehingga hujung bulan lalu, sekitar 40 peratus pengguna di Jurong telah menukar pembekal elektrik manakala 25 peratus pengguna di Zon 1 juga telah melakukan demikian.

Discover Malay Home Based Businesses

Menjelang 1 Mei, pengguna di seluruh Singapura dijangka bebas memilih pembekal elektrik mengikut keperluan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map