Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran umrah dorong agensi pelancongan milik Melayu/Islam terus berkembang

Berjaya atasi trend nasional buat masa ini, namun sudah mula orak langkah kembang niaga melebihi pasaran umrah
Apr 08, 2018 | 05:30 AM



SEDANG agensi pelancongan setempat tertekan dipukul gelombang perubahan, syarikat pelancongan milik Melayu/Islam masih terus bertahan, malah jumlahnya kian bertambah.



Memberitahu Berita Minggu (BM), Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) berkata terdapat 43 syarikat yang berdaftar sebagai anggota persatuan itu.



Difahamkan, jumlah anggota Amtas bertambah 10 hingga 15 peratus setiap tahun. Keadaan ini berbeza daripada apa yang dilalui syarikat pelancongan setempat lain di peringkat nasional.



Belum pun suku pertama tahun ini berakhir, sejumlah 60 agensi pelancongan terpaksa gulung tikar, menurut perangkaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Sepanjang lima tahun lalu pula, 680 agensi sedemikian berhenti beroperasi.



Dalam satu laporan akhbar The New Paper sebelum ini, pengarah agensi pelancongan dan pemandu pelancong STB, Cik Ong Ling Lee, mengatakan bahawa agensi pelancongan terjejas kerana lebih mudah bagi pelanggan kini membeli produk pelancongan secara langsung.



Menurut agensi pelancongan milik Melayu/Islam, keupayaan mereka mengatasi trend nasional itu antara lain didorong permintaan pakej umrah yang meningkat.



Pengurus Besar Halijah Travel, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata tempahan tiket penerbangan dan wisata telah berkurangan, namun permintaan bagi pakej umrah semakin meningkat sejak dua atau tiga tahun lepas.



"Ramai jemaah bukan sahaja berkemampuan, malah kesedaran agama Islam semakin ketara.



"Mungkin juga tempoh tunggu pergi haji agak lama membuat ramai yang pergi umrah, sementara menunggu giliran pergi haji.



"Namun perniagaan umrah mungkin mencapai batasannya," ujar Encik Haffidz.



Beliau menjelaskan, ini disebabkan bilangan ejen penjualan pakej umrah yang semakin meningkat dan kos pakej umrah yang terus meningkat juga disebabkan tambahan kos di Arab Saudi.



Keadaan pasaran perjalanan umrah akan berubah disebabkan era digital yang membolehkan penempahan pakej umrah langsung daripada pembekal hotel dan syarikat penerbangan dalam talian, jelasnya.



"Jemaah umrah yang berpengalaman dan jemaah yang tidak gemar diikat dengan itinerari perjalanan kumpulan lebih cendurung pergi umrah sendirian bersama keluarga," kata Encik Haffidz.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shahidah Group of Companies, Encik Ayoob Angullia, pula berkata syarikatnya memperkukuh kekuatannya dalam menyediakan pakej haji dan umrah, selain mempelbagaikan perniagaannya kepada beberapa bidang lain.



"Buat masa ini, perniagaan umrah masih dapat bertahan. Pada masa depan, saya tidak pasti.



"Pihak Saudi semakin menyediakan kemudahan seperti kereta api yang memudahkan perjalanan umrah. Mereka semakin tidak perlukan agensi pelancongan," ujar Encik Ayoob.



Katanya, syarikat itu tidak lagi menjual tiket penerbangan, hotel dan wisata sejak tahun lalu.



Namun, syarikat itu telah mengambil strategi mempelbagaikan perniagaannya sejak beberapa tahun lalu, termasuk dalam bidang pemakanan dan insurans perubatan pelancongan.



Strategi syarikat Jalaluddin Travel & Services dalam memberi tumpuan khas kepada umrah dan haji pula telah membuahkan hasil.



Pengarahnya, Ustaz Jalaluddin Hassan, berkata perniagaan syarikatnya dalam empat bulan tahun ini meningkat 30 peratus berbanding tahun lalu.



"Perniagaan umrah dan haji adalah teras kami. Kami meraikan persaingan selagi ia sihat. Yang penting, kami semua perlu memberi khidmat yang baik kerana jemaah merupakan tetamu Allah," ujarnya.




Laporan lanjut :








Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >