Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaraya tempatan dalam perbincangan untuk mengenakan bayaran bagi beg plastik

Sep 24, 2017 | 01:16 PM



PELANGGAN pasaraya di Singapura mungkin terpaksa membayar untuk mendapatkan beg plastik ketika membeli belah tidak lama lagi, sepertimana yang dilakukan pasaraya di negara lain.



Akhbar The Sunday Times melaporkan bahawa empat pasar raya utama Singapura- Fairprice, Dairy Farm Group, Prime Supermarket dan Sheng Siong- sedang dalam perbincangan untuk melihat sama ada mereka boleh bersetuju untuk melaksanakan bayaran lebih untuk beg plastik.

 

Jika mereka dapat mencapai persetujuan, pelanggan boleh menjangkakan bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan beg plastik sekitar pertengahan tahun depan. 

Harga setiap beg plastik adalah antara lima hingga 10 sen. 



Perbincangan itu dimulakan selepas kumpulan sukarelawan alam sekitar Zero Waste Singapore menyeru pemerintah untuk memperkenalkan levi penggunaan beg plastik Jun lalu, yang bertujuan untuk tidak menggalakkan pelanggan untuk menggunakannya. 



Sebanyak 822,200 ton sisa plastik dihasilkan tahun lepas, namun hanya tujuh peratus dikitar semula. 



Pihak pasaraya yang terlibat tidak memberikan sebarang komen mengenai persetujuan tersebut, namun pihak Prime, Sheng Siong dan Dairy Farm Group menekankan keperluan semua peruncit untuk mengenakan bayaran untuk beg plastik supaya inisiatif ini berkesan.



Pengarah perhubungan korporat dan jenama FairPrice, Encik Jonas Kor, menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan mungkin menimbulkan masalah bagi mereka yang berpendapatan rendah. 



“Kami terus menilai keberkesanan langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan bersikap terbuka kepada sebarang inisiatif dan kerjasama baru, seperti kempen BYO (Bring Your Own) Singapura, untuk menggalakkan trend industri yang positif ini,” katanya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >