PENGUNJUNG ke Pesta Pembelajaran anjuran Yayasan Mendaki di Our Tampines Hub Sabtu ini boleh mendapatkan pasport pembelajaran yang akan membantu mereka meneroka pelbagai gerai dan kegiatan yang dianjurkan dan mendapatkan cenderahati menarik pada akhir jelajah mereka.
Pasport itu memberikan maklumat tentang lokasi pelbagai astaka pembelajaran yang disediakan di acara tersebut.